PUSPAKOM perkenal trasaksi tanpa tunai dan tanpa kertas secara berperingkat

oleh SALINA JALIL|
Selaras usaha meningkatkan digitalisasi didalam operasi, PUSPAKOM Sdn. Bhd. (PUSPAKOM) akan memperkenalkan urusniaga pembayaran tanpa tunai, serta pengeluaran laporan pemeriksaan dan resit dan tanpa kertas di pusat-pusat pemeriksaannya.


Pelaksanaan urusniaga digital ini jalankan secara berperingkat mulai 5 April 2021 di pusat-pusat pemeriksaan PUSPAKOM di Wilayah Tengah sebelum diperluaskan ke pusat-pusat pemeriksaannya di seluruh negara.


Ianya merupakan inisiatif PUSPAKOM bagi menggalakkan transaksi tanpa sentuh dan mesra alam di kaunter-kaunter mereka. Ia juga mempermudahkan pelanggan membuat pembayaran untuk pemeriksaan mereka tanpa membawa tunai, di samping mengurangkan penggunaan bahan kertas bagi mencetak resit serta laporan pemeriksaan.


PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Di peringkat awal, pelaksanaan program tanpa tunai dan tanpa kertas akan bermula di pusat pemeriksaan di Wilayah Tengah. Ini akan disusuli pada 5 Mei depan di Wilayah Utara, 5 Jun untuk Wilayah Selatan, 5 Julai bagi Wilayah Timur dan akhir sekali pada 5 Ogos di Sabah dan Sarawak. 

 


PUSPAKOM mensasarkan semua urusan secara tunai serta cetakan resit dan laporan pemeriksaan akan ditamatkan menjelang bulan Oktober tahun ini.

 


Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Shukor Ismail berpendapat sistem ini amat sesuai diketika norma baharu yang dilalui ketika ini.

 


“Pembayaran digital semakin meningkat di Malaysia, terutamanya ketika penularan pandemik COVID-19. Jadi, perlaksanaan ”Tanpa Tunai, Tanpa Kertas” di PUSPAKOM amatlah bertepatan, kerana ia mengurangkan interaksi face-to-face diantara orang awam dengan kakitangan PUSPAKOM. 

 

Ia juga sejajar dengan proses dan initiatif automasi dan pendigitalan PUSPAKOM,” kata Shukor.


 

 

Shukor menjelaskan semua transaksi akan direkod dan disimpan di pengkalan data PUSPAKOM, sekaligus meningkatkan ketelusan dan integriti PUSPAKOM di mata masyarakat. 


Data ini juga membolehkan pengguna memantau aktiviti kewangan dan transaksi yang berkaitan pemeriksaan kenderaan mereka di PUSPAKOM.


Pelaksanaan urusniaga secara digital ini merupakan lanjutan sistem MyPUSPAKOM yang mula diperkenalkan pada tahun 2017. 

 

MyPUSPAKOM merupakan platform menetapkan temujanji pemeriksaan dan pembayaran secara dalam talian melalui FPX, kad debit, kad
kredit dan e-dompet.

 


Melalui sistem tanpa tunai, pelanggan tidak perlu lagi menyediakan wang kertas atau syiling, yang menjimatkan masa proses pembayaran selain lebih selamat. 

 


Sistem tanpa kertas pula lebih mesra alam kerana mengurangkan penggunaan kertas; resit dan laporan pemeriksaan akan di e-mel kepada pelanggan.

 


PUSPAKOM telan menjalankan satu kaji selidik pelanggan dalam bulan Mac 2021. Hampir 2,300 pelanggan telah ditanya mengenai kesediaan mereka berkaitan transaksi tanpa tunai di PUSPAKOM, dan 86 peratus responden telah memilih “Setuju” dan “Agak Setuju” dalam kajian tersebut. 

 


Kajian yang sama juga menunjukkan 75 peratus responden bersetuju PUSPAKOM menggunakan sistem transaksi tanpa tunai sepenuhnya.

 


Selain kad debit dan kad kredit, e-dompet yang akan diterima oleh PUSPAKOM termasuk PUSPAKOM e-wallet, Maybank QRPay, GrabPay, Touch ‘n Go eWallet, Boost, WeChat Pay dan Alipay.

 


Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUSPAKOM di talian 03-5101 7000 atau Live Chat di www.puspakom.com.my atau mengikuti Facebook rasmi PUSPAKOM Sdn Bhd.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ia juga bakal menarik minat pelabur-pelabur yang mahu membawa masuk teknologi terkini dalam…
Informasi
Katanya, ia dapat membantu mengenal pasti tahap keselamatan kenderaan menggunakan peralatan…
Berita Domestik
Dari jumlah itu, kira-kira 296,000 buah kenderaan dapat dihindarkan dari berada di atas jalan raya…