PUSPAKOM Raub ditutup sementara, bermula hari ini!

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
PUSPAKOM mengambil langkah menutup sementara operasi Pusat Pemeriksaan Kenderaan cawangan Raub, Pahang mulai 8 Disember 2021 bagi melakukan proses disinfeksi dan sanitasi. Ini adalah bagi memastikan keselamatan semua pihak. 
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01


 
Bagi pelanggan yang telah membuat temujanji pemeriksaan di cawangan tersebut, bayaran temujanji akan dipulangkan secara automatik dalam tempoh 30 hari dan pelanggan diminta untuk mengabaikan Peringatan Temujanji MyPUSPAKOM jika ada menerimanya.  

 

Sebagai alternatif bagi pelanggan yang terjejas akibat penutupan, boleh hadir ke cawangan berdekatan secara walk-in dengan membawa slip temujanji PUSPAKOM Raub sebagai bukti temujanji.

 

PUSPAKOM Raub dijangka akan beroperasi semula pada 15 Disember 2021. Orang ramai boleh mengikuti Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd atau melayari www.puspakom.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung operasi PUSPAKOM dari semasa ke semasa.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sejak kejadian, pasukan khidmat pelanggan Chery telah berhubung rapat dengan pelanggan dan telah…
Berita Domestik
"Ia juga bakal menarik minat pelabur-pelabur yang mahu membawa masuk teknologi terkini dalam…
Informasi
Katanya, ia dapat membantu mengenal pasti tahap keselamatan kenderaan menggunakan peralatan…