Puspakom Sedia Bantu - dekati pelanggan tanpa bantuan orang tengah

oleh Mohamad Hanif|
Orang awam kini boleh mendapatkan maklumat secara terus berkenaan hal pemeriksaan kenderaan dari sumber yang sahih menerusi program bersama pelanggan yang bertemakan "Puspakom Sedia Bantu!".
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hari bersama pelanggan ini akan berlangsung di cawangan terpilih Puspakom bermula 19 Ogos sehingga 2 Oktober dari jam 9 pagi sehingga 4 petang.

Melalui program ini, Puspakom dapat mendekati dan membantu pelanggan disamping mengelakkan kejadian diperdaya oleh orang tengah yang tidak bertanggungjawab memberikan maklumat yang salah. 
 

sumber: Puspakom

Menurut Ketua Pegawan Eksekutif Puspakom, Shukor Ismail berkata, "kami berharap dengan adanya program ini pelanggan dapat memahami proses dan mendapatkan maklumat sebenar yang ditawarkan oleh Puspakom. 

"Ini kerana terdapat pelanggan yang menggunakan khidmat orang tengah dikenakan caj perkhidmatan yang tinggi, serta ditipu dengan janji 'pasti lulus'," ujar beliau lagi

Bayaran pemeriksaan Puspakom adalah bermula dari RM20 sehingga RM90 sahaja bergantung kepada jenis pemeriksaan dan kenderaan. 

 

gambar hiasan. sumber: Puspakom

Selain daripada khidmat nasihat, aktiviti menarik yang akan dijalankan termasuklah:

  • Pendaftaran MyPUSPAKOM dengan pengesahan serta-merta
  • Perbaharui cukai jalan, lesen memandu, dan semak saman di booth JPJ
  • Pameran kenderaan komersil, penjagaan kenderaan dan keselamatan
  • Buku Panduan Pemeriksaan percuma
  • Permainan Wheel of Fortune dan Mix & Match dengan hadiah yang menarik

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian bebas tol Puspakom di 1-800-88-6927 atau laman Facebook rasmi Puspakom atau melalui laman web www.puspakom.com.my
 

klik gambar untuk besarkan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sejak kejadian, pasukan khidmat pelanggan Chery telah berhubung rapat dengan pelanggan dan telah…
Berita Domestik
"Ia juga bakal menarik minat pelabur-pelabur yang mahu membawa masuk teknologi terkini dalam…
Informasi
Katanya, ia dapat membantu mengenal pasti tahap keselamatan kenderaan menggunakan peralatan…