PUTRI - Chatbot bantu pengguna lebuhraya PLUS

oleh Mohamad Hanif|
Selari dengan perkembangan teknologi semasa, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah memperkenalkan PUTRI - PLUS Texting Realtime Interface - chatbot pertama bagi industri lebuhraya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

PUTRI direka untuk berinteraksi dengan pelanggan lebuh raya dari semasa ke semasa melalui ciri kepintaran buatan dan pembelajaran mesin yang dimilikinya.

Ia dijangka dapat mengendalikan lebih daripada 70% daripada 1,500 panggilan harian yang diterima Pusat Pemantauan Trafik PLUS (TMC) pada ketika ini mengendalikan panggilan berkaitan dengan maklumat standard lebuhraya.

Dengan bantuan PUTRI, petugas di TMC berupaya memberi lebih fokus terhadap panggilan kecemasan dan koordinasi bantuan dengan lebih lancar untuk membantu pelanggan yang berada di dalam kesulitan di lebuhraya.

Dengan respons yang lebih pantas, PUTRI dapat digunakan dengan lebih mudah bagi mendapatkan maklumbalas berkaitan lebuhraya seperti kadar tol, maklumat trafik terkini, pertanyaan berkaitan PLUSMiles, produk, kemudahan, promosi dan sebagainya.

Pelanggan lebuh raya kini boleh berinteraksi dengan PUTRI Versi Beta sepanjang tempoh ujian rintis ini yang telah dilancarkan pada 27 April 2020 melalui laman web PLUS (www.plus.com.my) dan portal PLUSMiles (www.plusmiles.com.my) dan semenjak 11 Mei 2020 di Aplikasi PLUS .

Tidak lama lagi ia bakal disediakan menerusi platform Media Sosial dan aplikasi WhatsApp dengan kemampuan secara dwibahasa.

PUTRI dijangka akan siap sepenuhnya pada suku ketiga 2020 dan PLUS mengajak pelanggan lebuh raya untuk berinteraksi dengan PUTRI bagi meningkatkan proses perkembangannya di samping dapat membantu pasukan pembangunan untuk meningkatkan keupayaan teknikalnya hasil maklum balas yang diterima daripada orang ramai.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…