Q1 2022 - Porsche edar 68,426 unit kenderaan, Taycan masih mengatasi jualan 911

oleh Mohamad Hanif|
Untuk tempoh suku pertama tahun 2022, Porsche telah berjaya mengedarkan sebanyak 68,426 unit kenderaan kepada pelanggan di seluruh dunia.

Daripada jumlah tersebut, SUV-SUV Porsche masih lagi menjadi pilihan utama kebanyakan pelanggan, dengan 19,029 unit Cayenne dan 18,329 unit Macan telah diedarkan sepanjang tempoh tersebut.

EV pertama Porsche Taycan masih lagi mencatatkan angka jualan yang memberangsangkan, iaitu sebanyak 9,470 unit mengatasi jualan model kereta sports ikon 911 (9,327 unit).

Selain daripada itu, sebanyak 7,735 unit Panamera telah berjaya dijual, diikuti dengan 4,536 unit bagi model-model 718 Boxster dan 718 Cayman.
 

Cayenne


Berdasarkan pecahan pasaran, Porsche mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 18 peratus di Eropah, dengan 22,791 unit kenderaan telah diedarkan, sementara pasaran Asia Pasifik mencatatkan jualan suku pertama yang terkuat, dengan peningkatan jualan 23 peratus atau sebanyak 28,991 unit telah berjaya diedarkan.

Disebabkan wabak pandemik yang turut dikaitkan dengan penutupan beberapa Porsche Centre di rantau China, pasaran tersebut menyaksikan kejatuhan prestasi jualan sebanyak 20 peratus, atau 17,685 unit untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Untuk pasaran US, sebanyak 13,042 unit kenderaan telah pun diedarkan biarpun berdepan dengan masalah bekalan serta pengangkutan yang turut mengakibatkan kerugian beberapa jenama di bawah naungan Volkswagen Group.

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek Classic Study ini bermula sebagai sebuah Porsche 911 (964) Targa tahun 1990, di mana ia…
Berita Global
Koleksi terbaharu yang dilancarkan ini banyak mengambil inspirasi daripada model ikonik Porsche 911…
Informasi
Jika dilihat pada nombor “597” pasti ramai orang berfikir, ia mungkin salah satu kereta sport…