Q3 2023: BYD kejar rapat di belakang Tesla

oleh Mohamad Hanif|
Gergasi automotif China BYD kini sedang berada di landasan yang tepat untuk memintas Tesla sebagai pengeluar EV terbesar di dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Angka jualan yang diperoleh sepanjang tempoh suku ketiga 2023 (Q3 2023) menunjukkan Tesla sekadar menjual 435,049 unit, atau 3,456 unit EV lebih banyak berbanding BYD (431,603 unit).

Malah, sepanjang bulan September BYD berjaya mencapai rekod dengan mengedarkan 151,193 unit EV!

Termasuk model-model hibrid, BYD telah berjaya menjual sebanyak 822,094 unit kenderaan sekaligus mengekalkannya sebagai jenama automotif China yang paling laris terjual.
 

byd


Bukan itu sahaja, sembilan peratus daripada jumlah output BYD pada Q3 telah dieksport keluar dari China, berbanding lima peratus pada suku kedua sebelum ini.

Sesetengah penganalisa berpendapat BYD mampu memintas Tesla dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun ini.

CEO Snow Bull Capital, Taylor Ogan memberitahu Bloomberg, "BYD akan menjual lebih banyak kenderaan penumpang berkuasa elektrik berbanding Tesla dalam suku keempat (Q4 2023).
 

byd


Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia sebagai meraikan perkongsian BYD sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Bagi pelanggan…
Berita Global
BYD menjual sebanyak 526,409 unit kenderaan dalam tiga bulan terakhir 2023, berbanding dengan 300,…
Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…