Qabil Irfan - berlumba sejak berusia empat tahun!

oleh HEZERI SAMSURI|
Rata-rata pelumba profesional dunia memulakan karier mereka pada usia yang sangat muda.

Mengambil dari jejak langkah itu, Azlan Abd Rahman dari Kuala Trengganu mengambil keputusan untuk melatih anaknya Qabil Irfan, berlumba motosikal dari peringkat seawal empat tahun.

Qabil sendiri beruntung kerana ayahnya, Azlan ialah bekas pelumba motosikal cubprix. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sekarang bertugas sebagai seorang mekanik motosikal di Kuala Trengganu, Azlan meneruskan legasi perlumbaan beliau dengan menjadi jurulatih kepada beberapa orang pelumba cubprix dan mini cubprix di negeri pantai timur itu.

Qabil mula menunjukan minat beliau kepada motosikal sejak mula dibawa ke litar oleh keluarganya. Usia dua tahun, Qabil sudah ligat bermain basikal dan apabila anak lelaki itu menjenguk usia empat tahun, beliau sudah berani meminta motosikal dari ayahnya.

 

 

“Qabil datang kepada saya dan meminta sebuah motosikal. Saya bertanya samada dia hendak menunggang main-main atau ingin berlumba. Secara spontan Qabil menjawab dia serius mahu berlumba”, ujar Azlan sambil tersenyum.

Masih bersekolah di Tadika Kemas Berek Hospital Kuala Trengganu, Qabil melalui sesi latihan tiga kali seminggu di bawah pengawasan ayahnya.

 

 

Setiap kali latihan, Qabil akan turun ke litar di perkarangan Kompleks Sukan Gong Badak dan mengasah bakat walaupun beliau masih muda.

Anak kedua dari tiga adik beradik itu kini merupakan salah seorang pelumba pocket bike/minibike yang berada dalam kelasnya tersendiri. 

Pada usia enam tahun, Qabil menjadi antara pelumba yang sering mencuri perhatian setiap kali perlumbaaan diadakan. 

 

 

Latihan Qabil bermula pada Februari 2016. Azlan memulakan latihan anaknya dengan prinsip paling asas sehingga Qabil mampu mengawal motosikalnya sendiri. 

Tiga bulan selepas itu, Azlan mengambil keputusan untuk menghantar Qabil berlumba buat kali pertama.

Perlumbaan di Kulai pada Mei 2016 itu memang bersejarah untuk keluarga dari Pantai Timur ini.

Menurut Azlan, Qabil menunjukkan kesungguhan yang tinggi pada perlumbaan pertama beliau.

 

 

"Saya nampak kemampuan anak saya. Saya nampak kegigihan dan kecekalan beliau. Walaupun kami suami isteri sedar kos untuk Qabil meneruskan minatnya ini tinggi tetapi kami tetap akan usahakan demi untuk kemajuan Qabil,” sambung Azlan.

Usaha mereka cepat membuahkan hasil bila Qabil mula menaiki podium dalam perlumbaan di Sijangkang, Selangor dengan pencapaian P2 untuk Kategori Bawah Lapan Tahun dan P3 untuk Kategori Bawah 12 Tahun. 

Qabil berusia empat tahun ketika beliau menaiki podium tersebut.

 

 

Anak muda ini terus memburu kemenangan di usia semuda itu dan mencapai kejayaan lagi dengan merangkul tempat kedua di Johor Open Mini Bike, Kulai, tempat kelima di Kajang, Selangor dan di Melaka Qabil merangkul juara dalam Kategori Bawah 10 Tahun.

Azlan turut mengaku keluarganya tidak akan mampu melakukan semua ini tanpa bantuan ramai pihak, terutama rakannya Along Busana Kuari yang menolong dalam pengurusan ke sebarang kejohonan di seluruh Semenanjung Malaysia dan juga alat ganti motosikal Qabil.

 

 

Qabil berlumba menggunakan jentera pocketbike QT dan sut perlumbaan beliau ditempah terus dari Pakistan kerana kesukaran mendapatkan saiz yang sesuai di Malaysia.

Prestasi anak kecil ini terus menerus memuncak dan Careta harap agar ada pihak yang tampil untuk membolehkan keluarga ini terus melatih Qabil agar menjadi juara negara satu hari nanti.

 

 

Di bawah ialah antara senarai pencapaian Qabil Irfan. 

Usia 5 tahun

  1. Kuala Pilah, N. Sembilan – P3
  2. Kulai, Johor – P1
  3. Kuala Terengganu – P1 (kategori bawah 12 tahun)
  4. Medini Johor – P1 (kategori bawah 9 tahun)
  5. Nilai 3, N. Sembilan – P1
  6. Kempas Johor – P1
  7. Kulai, Johor – P1
  8. Air Hitam Johor – P2
  9. Putrajaya – P1
  10. Sendayan – P3
  11. Elite Speedway Selangor – P1
  12. Seremban 2 N. Sembilan – 4 kategori (P1)

Usia 6 Tahun

  1. Kemaman, Terengganu – P1
  2. Bagan Datuk, Perak – P3
  3. Maeps Serdang – P1
  4. Tangkat – P2
  5. Sprintest QT & Amp; Kategori Terbuka – P1
  6. Jempol, N Sembilan – P1
  7. Mini cuprix Terengganu – P3
  8. Dataran Merdeka, Kuala Lumpur P1 (bawah 14 tahun)


* Gambar oleh Tomalique.
** Cerita dikarang dengan bantuan Tomalique



 

Berita Berkenaan

Berita Global
Segmen tradisional atau lebih tepat lagi motosikal berenjin pembakaran dalaman di Vietnam kini…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…