Qatar Airways dinobat syarikat penerbangan terbaik dunia, MAS tidak tersenarai dalam 'top' 40

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Satu majlis Anugerah Skytrax World Airline 2022 telah berlangsung di The Langham Hotel, London di mana Qatar Airways telah dinobatkan sebagai syarikat penerbangan terbaik dunia sekali gus mengekalkan rekod pengiktirafan buat kali ketujuh berturut-turut menurut laporan Daily Mail.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Terdapat lebih 350 syarikat penerbangan lain yang mengambil bahagian dan Qatar Airways berjaya menewaskan Singapore Airlines mendapat tempat kedua diikuti Emirates di tempat ketiga. 


Edward Plaisted berkata, kemenangan syarikat penerbangan itu buat kali ketujuh semasa ‘Oscars of Aviation’ adalah suatu pencapaian yang sangat unik dan mengagumkan. 


Qatar Airways juga adalah syarikat penerbangan terbesar yang melakukan penerbangan secara konsisten sepanjang pandemik Covid-19. 


“Rangkaian lokasi mereka tidak pernah kurang dari 30 destinasi dan keazaman itu jelas diiktiraf oleh pelanggan sehingga dinobatkan sebagai syarikat penerbangan terbaik 2022,” katanya. 


Dalam majlis yang sama syarikat penerbangan tambang murah dari Malaysia, Air Asia berada di kedudukan ke-27 sebagai syarikat penerbangan terbaik dunia, tetapi Malaysia Airlines (MAS)  tidak tersenarai dalam 40 syarikat terbaik mahupun mana-mana kategori lain. 


Sementara itu, Singapore Airlines merangkul anugerah staf kabin terbaik dunia, diikuti ANA All Nippon, Garuda Indonesia (ketiga) dan Thai Airways (empat). 

 

 

 

Daily Mail

Berita Berkenaan

Informasi
  Ia adalah tambahan kepada perkhidmatan harian sedia ada MH160 yang berlepas dari Kuala Lumpur…
Berita Global
Boeing 777-8 Freighter merupakan kapal terbang kargo dwi-enjin jarak jauh terbesar di dunia, dan…
Berita Global
Tawaran ini merangkumi penerbangan pergi balik kelas Ekonomi untuk dua orang ke mana-mana destinasi…