QJMOTOR LTR150 - SKUTER 150CC BERCIRI RETRO KLASIK, ABS DWI-SALURAN, HARGA DARI RM8,888

oleh Firdaus Razani|
MForce Bike Holdings selaku pengedar rasmi jenama QJMotor di Malaysia baharu sahaja melancarkan model skuter 150cc iaitu LTR150.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan reka bentuk dan elemen retro klasik, LTR150 didatangkan dengan warna pilihan yang mengikut tema skuter ini, iaitu Lime Creme, Sky Blue, Mint Green dan Carnation.

LTR150

QJMotor LTR150 ini didatangkan dengan sesaran enjin 149cc silinder tunggal, SOHC yang menjana kuasa maksimum 16hp @ 8,500rpm dan menghasilkan tork 14.8Nm @ 6,500rpm dipadankan dengan transmisi CVT.

 

LTR150

 

Skuter ini didatangkan dengan rim bersaiz 12 inci hadapan dan belakang serta menggunakan sistem brek cakera di hadapan dan belakang yang dilengkapkan dengan ciri keselamatan ABS dwi-saluran.

Walaupun menggunakan tema retro, LTR150 ini hadir dengan ciri moden seperti menggunakan panel instrumen digital, lampu LED penuh pada lampu hadapan, lampu belakang dan lampu penunjuk arah.

LTR150

Selain itu, ia turut hadir dengan ciri lampu kecemasan dan butang idle stop yang mampu menjimatkan penggunaan bahan api ketika berhenti di lampu isyarat.

LTR150 turut memiliki ruang simpanan tempat duduk yang luas dan ruang simpanan bahagian hadapan yang disertakan sekali dengan port pengecas USB.

 

LTR150

 

Kapasiti tangki bahan api QJMotor adalah seluas 6.5 liter yang membuatkan penunggang dapat menikmati perjalanan tanpa keras lakukan pengisian minyak.

Pada setiap pembelian model ini, pembeli dapat menikmati jaminan selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km (yang mana tiba dahulu).

LTR150

Harga jualan QJMotor LTR150 ini adalah bermula daripada RM8,888 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.