Quantum Group masih belum berputus asa untuk membeli Lamborghini

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun tawaran awal untuk membeli Lamborghini ditolak oleh Volkswagen Group dengan menyatakan jenama Itali itu bukan untuk dijual, Quantum Group masih lagi menaruh harapan untuk mendapatkan Lamborghini daripada kumpulan tersebut.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Minggu lalu, firma pelaburan Swiss tersebut menawarkan nilai €7.5 bilion untuk membeli Lamborghini, serta mengambil alih fasiliti Sant'Agata Bolognese.

Setelah tawaran tersebut ditolak, Quantum kini menawarkan tambahan €1 billion kepada €2 billion bagi melindungi pelaburan dan menjamin peluang pekerjaan di dalam Lamborghini.

Menurut rakan pengasas Quantum Group, Rea Stark memberitahu Automotive News, "tawaran kami masih lagi sah setelah mempertimbangkan dengan teliti keputusan kami untuk  mendapatkan Lamborghini, dan sekiranya terbuka peluang untuk berunding - dari segi pelaburan, jaminan atau harga pembelian - kami masih lagi menerimanya.

"Kami menganggap keputusan ini sebagai satu tawaran yang adil, penilaian yang biasa dilakukan untuk jenama mewah."

Sebagai sebahagian daripada pembelian, Quantum juga berusaha untuk membuat perjanjian bekalan dengan Audi dalam tempoh lima tahun, selain berkongsi harta intelektualnya.

Selain daripada itu, Quantum juga akan menubuhkan fasiliti Advanced Automotive Innovation Centre di Jerman untuk menghasilkan sel dan pek bateri.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
"Lamborghini bukan untuk dijual, noktah," ujar wakil jurucakap Audi, subsidiari Volkswagen yang…