Race for Glory: Audi vs Lancia - Tampilkan kisah saingan epik antara dua lagenda rali Group B!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Para peminat sukan permotoran sekali lagi akan dihidangkan dengan hiburan mengenai sejarah dunia perlumbaan lagenda, di mana kali ini ia mengisahkan persaingan epik antara Audi dan Lancia dalam perlumbaan WRC.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dinamakan sebagai Race for Glory: Audi vs Lancia, filem tersebut berdasarkan kisah sebenar di mana ia menceritakan tentang saingan perlumbaan World Rally Championship (WRC) musim 1983.

Melihat kembali kepada sejarah, tahun sebelumnya Audi merupakan pengeluar yang berjaya mendominasi kejohanan tersebut dalam era Group B yang popular, melalui jentera ikoniknya iaitu Audi Quattro A1.

 

3

 

Setahun sebelumnya juga, Lancia telah memperkenalkan jentera rali serba baharu, iaitu 037 bagi menggantikan Stratos, di mana mereka terus mengekalkan penggunaan tetapan pacuan roda belakang (RWD).

Dengan Audi yang mendominasi perlumbaan melalui jentera pacuan semua roda (AWD), kehadiran 037 dengan tetapan RWD dianggap tidak kompetitif berbanding pesaing.

Kisah persaingan antara Audi dan Lancia khusus pada tahun tersebut pastinya menarik untuk disaksikan, di mana Lancia telah mengejutkan ramai dengan merangkul gelaran juara pada tahun tersebut.

 

3

 

Filem tersebut akan dibintangi oleh Riccardo Scamarcio, Daniel Brühl (yang turut berlakon sebagai Nikki Lauda dalam filem Rush), Katie Clarkson-Hill, dan Volker Bruch yang akan memainkan watak penting, iaitu pemandu Lancia, Walter Röhrl.

Röhrl terkenal kerana bertanding dalam beberapa perlumbaan terhad untuk musim 1983, kerana dia tidak berminat untuk mendapatkan kejuaraan pemandu lain.

Melalui treler yang didedahkan baru-baru ini, filem itu dijangka akan memberi tumpuan sebahagian besarnya terhadap Röhrl, walaupun kemenangan muktamad Lancia pastinya melalui usaha pasukan tersebut.

 

 

Dalam perlumbaan rali Group B pada musim 1993, kedua-dua pengeluar Audi dan Lancia memiliki kelebihan melalui jentera masing-masing, di mana kedua-dua pasukan bergilir-gilir merebut podium sepanjang musim 1993.

Walaupun kita tahu mengenai pengakhiran persaingan antara dua pengeluar itu, namun kehadiran filemnya pasti dapat mengujakan para peminatnya.

Race for Glory: Audi vs Lancia akan ditayangkan di pawagam 18 Januari 2023, tetapi sebelum anda melihat filem tersebut pastinya anda perlu mengetahui kisah disebalik sejarah perlumbaan tersebut.

 

2

 

Pengacara dan lagenda terkenal dalam dunia automotif, Jeremy Clarkson juga pernah menceritakan sejarah mengenai persaingan antara Audi dan Lancia melalui salah satu episod The Grand Tour musim kedua.

Melalui penceritaan yang lebih mendalam oleh Clarkson, ia pastinya dapat membantu para peminat untuk memahami lebih teliti mengenai persaingan antara Audi dan Lancia dalam rali Group B khusus pada tahun 1983.