Rafale E-Tech 4x4 300 hp, 1.2L 3 silinder turbo, tiga motor elektrik, kuasa besar!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Renault Rafale E-Tech 4x4 300 hp
Renault Rafale E-Tech 4x4 300 hp
Kenderaan utiliti sukan (SUV) dan crossover gaya coupé satu pilihan menarik untuk mereka yang mahukan kelainan.

Cabarannya ialah bukan semua pengeluar kebanyakan menawarkannya. Pelanggan perlu berkunjung ke bilik pameran jenama premium dari Jerman.

Bukan semua bermaksud ada beberapa pengeluar yang menawarkannya sebagai contoh Renault melalui Arkana atau Geely dengan Xingyue atau Tugella.

Penawaran crossover coupé dari Renault diteruskan lagi melalui model baharu Rafale yang diperkenal pada Jun 2023 dan mula dikeluarkan pada 2024.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025
Renault Rafale E-Tech 4x4 300 hp Atelier Alpine 2024

 

Dari segi susunan, Rafale diletakkan di atas Arkana. Terbaru Renault menawarkan Rafale versi berprestasi tinggi iaitu Rafale E-Tech 4x4 300 hp.

Melalui nama sahaja sudah cukup menggambarkan kuasa namun di sebalik angka tersebut ialah enjin 1.2 liter tiga silinder turbo. Enjin kecil kuasa luar biasa?

Rangkaian kuasa Rafale E-Tech 4x4 300 hp diasaskan dari Rafale hibrid dan dilengkapi pengecas turbo baharu, tambahan motor elektrik belakang dan bateri 22 kilowatt-jam (kWj).

Enjin 1.2 liter menghasilkan 150 hp berbanding 130 hp dan tork 230Nm atau lonjakan 25Nm daripada Rafale E-Tech 200 hp.

 

 Renault Rafale E-Tech 4x4 300 hp Atelier Alpine 2024

 

Rafale E-Tech 4x4 300 hp merupakan sebuah kenderaan hibrid plug-in (PHEV) dan boleh dipandu menggunakan tenaga elektrik sehingga 100 kilometer (km) (WLTP).

Tidak hanya elektrik, gabungan enjin dengan setangki petrol dan cas penuh bateri, teknologi E-Tech Renault membolehkan crossover ini dipandu sehingga 1,000 km (WLTP).

Ciri-ciri rangkaian kuasa Rafale E-Tech 4x4 300 hp:

  • Motor elektrik utama pada gandar depan, 50 kW (70 hp), 205Nm
  • Motor elektrik utama kedua bersambung secara kekal pada gandar belakang, 100 kW (136 hp), 195Nm
  • Motor elektrik sekunder jenis High-voltage Starter Generator (HSG), 25 kW (34 hp), 50Nm

Dua motor elektrik utama dikuasakan bateri litium-ion 22 kWj/400V untuk pemanduan elektrik. 

Motor HSG menghidupkan enjin, mengawal gear melalui kotak gear automatik dan membantu mengecas bateri.

Untuk pengecasan, kuasa 7.4 kW (32A) memerlukan 2 jam 10 minit dari 0 sehingga 80 peratus dan 45 minit lagi sehingga penuh.

 

Renault Rafale E-Tech 4x4 300 hp Atelier Alpine 2024

 

Pemanduan elektrik

Apabila tenaga bateri mencukupi, pemanduan elektrik berfungsi secara automatik di dalam mod Comfort dan Eco dan boleh dikekalkan mengikut input pemandu.

Pemandu juga boleh 'memaksa' tetapan tersebut dengan memilih mod Electric pada butang di perehat tangan (sehingga 160 hp dan kelajuan 135 km/j).

Mod EV:

  • Hybrid - berfungsi secara automatik
  • Electric - pilihan dari pemandu
  • E-save - pemanduan menggunakan enjin dari mula dan untuk mengecas bateri sehingga 25 peratus
Renault Rafale E-Tech 4x4 300 hp Atelier Alpine 2024

 

Prestasi Rafale E-Tech 4x4 300 hp

  • 0 sehingga 100 km/j: 6.4 saat (8.9 saat - Rafale E-Tech hybrid 200 hp)
  • 80 sehingga 120 km/j: 4.0 saat (5.6 saat - Rafale E-Tech hybrid 200 hp)
  • Pegun sehingga 1,000 meter: 26.9 saat

Atelier Alpine

Walaupun berbeza kuasa, Renault turut menawarkan versi Esprit Alpine yang berkongsi kemasan dengan E-Tech hybrid 200 hp dan satu lagi varian khusus iaitu Atelier Alpine.

 

Renault Rafale E-Tech 4x4 300 hp Atelier Alpine 2024

 

Perkakasan khas:

  • Perkakasan istimewa: penyerap hentak, pegas gegelung, jounce bumpers (penahan hentakan), bar antigoleng depan dan belakang, rim 21 inci!
  • Sistem kawalan redaman khusus; ampaian aktif dengan kamera jangkaan
  • Mod Kawalan Lincahan spesifik
  • Penentukuran ECU bagi mengawal pembrekan, pembrekan regeneratif, kawalan penstabilan dan trajektori dan stereng berkuasa
  • Tayar Continental
  • Warna badan Satin Summit Blue, spoiler Starry Black

Larasan 4Control Advanced (tetapan redaman dan sudut pembelokan roda belakang):

  • Comfort - pemanduan harian terutama sekali di bandar
  • Dynamic - kompromi di antara kelincahan dan selekoh
  • Sport - pengendalian dan keseronokan pemanduan

Kesemua tetapan tersebut tersedia di dalam mod pemanduan Eco, Comfort, Sport dan MySense kecuali Snow.

 

Renault Rafale E-Tech 4x4 300 hp Atelier Alpine 2024

 

Pacuan empat roda aktif

Berbekalkan motor elektrik baharu pada gandar belakang, Renault Rafale E-Tech 4x4 300 hp adalah sebuah kereta dengan pacuan semua roda kekal aktif.

Cengkaman setiap gandar diurus secara automatik oleh sistem E-Tech mengikut keadaan pemanduan dan mod pemanduan yang dipilih.

Pembahagian daya kilas boleh bertukar secara spontan iaitu 100 peratus untuk roda depan dan kepada 100 peratus pada roda belakang.

 

Renault Rafale E-Tech 4x4 300 hp Atelier Alpine 2024

 

Tetapan yang dibuat ialah pacuan roda depan diutamakan sehingga 70 km/j manakala roda belakang untuk kelajuan lebih tinggi.

Fungsi pemanduan hibrid jangkaan pula canggih dengan menggunakan data navigasi seperti topografi sehngga tujuh kilometer di depan.

Tujuan sistem tersebut bagi memaksimumkan penggunaan kuasa elektrik.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Renault Rafale E-Tech 4x4 300 hp Atelier Alpine 2024