Rahsia di sebalik angka produksi 19 dan 63 Lamborghini Sian FKP 37

oleh Mohamad Hanif|
Dengan pelancaran model Lamborghini Sian versi Coupe dan Roadster, ini bermakna kedua-dua buah jentera tersebut antara hypercar yang dihasilkan dalam unit yang sangat terhad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Versi Coupe yang dilancarkan terlebih dahulu hanya dihasilkan dalam 63 unit sahaja, manakala versi Roadster yang baharu sahaja menjengah pasaran lebih rare - 19 unit sahaja!

Namun, bagi mereka yang arif berkenaan sejarah dan asal usul syarikat Itali itu, angka 19 dan 63 yang kami sebutkan itu tadi sebenarnya merupakan satu rujukan kepada tahun penubuhan syarikat Automobili Ferruccio Lamborghini S.p.A pada tahun 1963.

 


Selain daripada itu, nama yang digunakan pada Lamborghini Sian FKP 37 itu juga mempunyai makna yang tersendiri, di mana "FKP" merujuk kepada singkatan nama pengerusi Volkswagen Group Ferdinand Piech yang meninggal dunia pada tahun lalu, manakala angka "37" pula merupakan tahun di mana Piech dilahirkan, 1937.

Dari segi spesifikasi, kedua-dua Sian Coupe dan Roadster dipasangkan enjin bentangan V12 6.5 liter yang dipadankan dengan sistem mild-hybrid 48 voltan.

Ia menghasilkan angka output keseluruhan sebanyak 819 kuasa kuda, serta prestasi pecutan sepantas 2.8 saat dari pegun ke 100 km/j, makanakala versi Roadster pula lambat 0.1 saat untuk pecutan yang serupa.

 


Jika anda perasan, tiada sebarang tanda harga yang diterbitkan oleh Lamborghini untuk kedua-dua versi Roadster dan Coupe, memandangkan kesemua unit telah pun habis terjual.

Namun, menurut sumber, kos pembinaan untuk menghasilkan sebuah Lamborghini Sian mampu menelan belanja sekitar $3.6 juta atau RM15.38 juta!

Berita Berkenaan

Berita Global
Kehadiran "V12" pada nama model ini memberikan bayangan supercar ini akan dilengkapi dengan nadi…
Gaya Hidup
LEGO Technic Lamborghini Sian FKP 37 telah pun diperlihatkan buat kali pertama pada Frankfurt Auto…
Berita Global
Bukan kami mahu kasihankan Lamborghini atas pemilihan nama itu, akan tetapi ia membawa petanda…