Rahsia di sebalik The Beast - kereta Presiden Amerika Syarikat

oleh HEZERI SAMSURI|
Kenderaan-kenderaan Presiden Amerika Syarikat sering menjadi tumpuan ramai kerana ia sarat dengan teknologi umpama James Bond.

Tidak seperti Mr Bond, kenderaan-kenderaan Presiden itu memang wujud tetapi jarang sekali informasi mengenainya dikongsi ramai.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
the beast bahasa
Grafik dari Daily Mail UK

 

Di bawah ialah informasi berkaitan kelengkapan yang ada pada The Beast, kereta limosin yang digunakan oleh Presiden Donald Trump.

 

  • The Beast dibina oleh General Motors. Model lama ini (dalam gambarajah) dibina agar kelihatan mirip seperti sebuah Cadillac DTS. Ia telah diganti tahun lepas dengan model baharu yang nampak seperti sebuah Cadillac CT6.
  • Model lama ini ialah seberat 8 tan setiap satu.
  • Agensi Presiden US mempunyai 12 buah The Beast.
  • Setiap satu bernilai RM6.44 juta dan dianggap sebagai kereta paling selamat di dunia.
  • Ruang Belakang
    • Memuatkan Presiden dan 4 penumpang dgn pembahagi kaca - hanya Presiden yang mengawal pembahagi itu. Lengkap dengan butang panik dan bekalan oksigen
  • Ruang but
    • Kelengkapan memadamkan kebakaran, gas pemedih mata dan bom asap
  • Tempat duduk belakang
    • Dilengkapi dengan telefon satelit dan hubungan terus kepada Naib Presiden serta Pentagon.
  • Tangki bahan api
    • Kalis peluru dan mempunyai busa (foam) yang menyebabkan ia tidak boleh meletup.
  • Badan kereta
    • Tahan peluru (gred tentera) setebal 5 inci. Menggunakan bahan besi dwi ketebalan, titanium, aluminium dan seramik untuk tahan dari objek yang dibaling ke arahnya.
  • Senjata api dan kelengkapan lain
    • Senapang pump-action shotguns dan meriam pemedih mata.
    • Beberapa beg darah untuk Presiden jika beliau perlukannya.
  • Kerangka
    • Diperkuatkan dengan plet besi untuk tahan serangan bom dari bawah
  • Tayar
    • Dijalin dengan jalinan Kevlar agar tahan bocor dan tahan koyak serta masih boleh dipandu walaupun tidak ada angin.
  • Pelancar bom pemedih mata
  • Kamera Night Vision
  • Ruang Pemandu
    • Papan pemuka lengkap dengan alat komunikasi dan pengesan GPS]
  • Cermin hadapan dan tingkap sisi
    • Lima lapisan kaca dan polycarbonate untuk tahan peluru kalis perisai. Tingkap yang hanya boleh diturunkan ialah di tempat pemandu. Itupun hanya boleh turun sebanyak 3 inci.
  • Pemandu
    • Dilatih oleh US Secret Service dan mampu memandu dalam apa jua keadaan. Juga dilatih untuk membuat pusingan J 180-darjah.
  • Pintu
    • Dipasang dengan plet perisai 8 inci tebal dan seberat pintu kapal terbang Boeing 757. Bila ditutup, ia kedap udara agar serangan kimia tidak mampu menggugat Presiden.

 

* Laporan asal dan grafik dari Daily Mail UK

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Hujung minggu lalu Toyota telah mengumumkan untuk membeli lima peratus pegangan saham dalam…