Rainbow Sheikh bina Hummer gergasi H1 X3, tiga kali ganda lebih besar!

oleh Mohamad Hanif|
Anda pasti sudah mendengar nama Rainbow Sheikh yang sebelum ini kami pernah siarkan hasil kerja beliau.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum ini beliau pernah memperlihatkan beberapa hasil kerja yang menarik seperti Jeep besar, Power Wagon dan trak pikap 10x10 gergasi, dan kali ini beliau tampil dengan sebuah lagi projek iaitu Hummer H1 X3.

Kenapa X3?

Ini kerana saiz kenderaan itu sendiri adalah tiga kali lebih besar jika dibandingkan dengan model asal Hummer H1, dengan saiz berukuran 14 meter panjang, enam meter lebar dan 5.8 meter tinggi.
 

X3


Ia didatangkan dengan sistem pacuan semua roda, kerana setiap satu tayar gergasi itu digerakkan oleh sebuah unit enjin diesel (bermakna ada empat enjin!).

Ruang 'kabin' Hummer H1 X3 ini tidak mengikut reka bentuk asal, akan tetapi ia tetap menampilkan kemudahan seperti tandas, dan berkemungkinan besar akan ada bilik tidur di dalam kenderaan gergasi tersebut.

Model Hummer yang paling besar ini sedang dipamerkan di Off-Road History Museum di Al Madam, UAE.