Rakaman ngeri Tesla hentam Honda Civic pada kelajuan 219.7 km/j!

oleh Mohamad Hanif|
Semenjak teknologi bantuan pemanduan autonomi diperkenalkan, kerap kali kami mengingatkan para pembaca supaya tidak sekali-kali menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada sistem tersebut dengan menyertakan beberapa contoh kemalangan ngeri yang berlaku di luar negara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, nasihat sekadar nasihat, dan bagi mereka yang bebal, ini adalah hakikat yang terpaksa mereka telan sepanjang hayat, itupun kalau nyawa panjang!

Satu kes yang berlaku di California baru-baru ini menunjukkan kepada kita sebuah pelanggaran di lebuh raya CA-24 Lafayette, di mana sebuah Tesla didapati melanggar sebuah Honda Civic dari arah belakang.

Apa yang mengerikan adalah, rakaman video dari kotak hitam Tesla tersebut menunjukkan perbezaan kelajuan yang ketara antara Tesla dan Civic sebanyak 101 km/j, di mana Tesla tersebut bergerak sepantas 219 km/j!

 


Tidak diketahui sejauh mana kerosakan yang dialami oleh kedua-dua kereta daripada pelanggaran tersebut.

GreenTheOnly yang memperoleh rakaman tersebut turut mendakwa ciri Autopilot telah dinyahaktifkan selama 40 saat sebelum pelanggaran terjadi dan amaran pelanggaran hadapan turut diaktifkan, besar kemungkinan pemandu tersebut leka ataupun terlelap (atau mabuk?) ketika pemanduan.

Kes ini merupakan satu contoh terbaik di mana anda tidak sepatutnya 'mempercayai' sepenuhnya sistem automasi tahap kedua yang masih lagi memerlukan tumpuan 100 peratus daripada pemandu.

Anda mungkin perlu menunggu teknologi swapandu tahap ketiga (LEVEL 3) yang bakal diperlihatkan buat kali pertama menerusi Honda Legend pada tahun hadapan.