Rakyat Jepun menyewa kereta, tapi untuk tujuan lain....

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebuah syarikat penyedia perkhidmatan sewa kenderaan di Jepun bingung kerana sesetengah daripada pelanggan mereka menyewa kereta akan tetapi tidak pernah memandunya untuk jarak yang jauh. 

Malah, berdasarkan rekod, ada kenderaan yang disewa hanya duduk di kawasan parkir dan tidak dipandu langsung!

Menurut syarikat Orix Auto Corp, "kami pun pening melihat bagaimana pelanggan menggunakan kereta sewa kami."

Dalam satu kajian yang dibuat oleh Times24 Co - sebuah syarikat perkongsian kenderaan dengan lebih 1.2 juta pengguna berdaftar - membuat penemuan yang mengejutkan berkenaan bagaimana rakyat Jepun menggunakan kereta sewa tersebut. 
 


Hasil daripada data yang diperoleh, ada di antara pengguna yang menyewa kereta untuk dijadikan sebagai tempat tidur atau bercakap ketika mana mereka mahu mencari satu tempat yang privasi. 

Harus diingatkan, bercakap dengan kuat di khalayak ramai dikira sebagai tidak sopan oleh masyarakat setempat. 

Manakala pengguna lain menjadikan kereta sewa sebagai tempat storan barang, dan mengecas peranti pintar!

Menurut seorang pekerja berusia 31 tahun dan tinggal di Saitama, beliau gemar menyewa kereta untuk dijadikan sebagai tempat makan, kerana tidak tahu di mana harus beliau tuju. 

Selain daripada mudah diperoleh (terdapat kira-kira 12,000 lokasi), kadar sewa kereta juga adalah lebih murah berbanding sewa hotel, iaitu 400 yen (RM15.25) untuk 30 minit. 
 


Dalam satu kajian yang dijalankan oleh NTT Docomo Inc tahun lalu menemukan satu daripada lapan pengguna yang menyewa kereta untuk tujuan lain selain daripada mod pengangkutan. 

Membimbangkan kerana angka tersebut semakin meningkat dan ia sedikit sebanyak menyebabkan kebanyakan syarikat penyedia khidmat sewa kereta mengalami kerugian kerana kereta yang tidak banyak bergerak (jarak perbatuan yang rendah). 

Sumber: Asahi Shimbun

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Promosi tersebut adalah sebagai tindak balas positif kepada permintaan kukuh semasa perayaan Tahun…
Berita Domestik
Melalui kerjasama strategik dengan pemain industri seperti Audi, Modenas, GWM, BYD, CAM, CAF dan…
Berita Domestik
Bagi sesetengah warganegara yang merantau mencari rezeki ke negeri lain, pulang mengundi ke pusat…