Beliau berpendapat rakyat Malaysia "tidak tahu apa-apa" dan kekurangan ilmu di dalam kejuruteraan automotif.
Tun Mahathir berkata rakyat Malaysia berfikiran kereta buatan Malaysia tidak bagus dan kerana itu mereka membeli kereta dari jenama luar.
"Rakyat Malaysia rasa mereka sudah tahu semuanya, termasuk teknologi automotif. Kerana itu mereka tidak mahu kereta nasional ketiga dan menuduh ia satu pembaziran," ujarnya kepada media ketika pelancaran Festival Asia GT di Litar Sepang awal hari ini.
"Mereka sebenarnya tidak tahu langsung mengenai kejuruteraan automotif. Kerana itu kerajaan merancang kereta nasional ketiga agar teknologi yang ada itu mampu dipelajari."
"Lihat betapa cepatnya negara China membangun kerana mereka mahu terbabit di dalam perniagaan automotif," terang beliau lagi.
Apa pendapat anda? Kongsikan bersama Careta.