'Ramai anggap Fabio pilihan yang salah' - Dato' Razlan Razali

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira setahun yang lalu, pasukan PETRONAS Sepang Racing Team diumumkan oleh CEO Litar Antarabangsa Sepang, Dato' Razlan Razali bagi berentap di dalam kelas perlumbaan MotoGP, Moto2 dan juga Moto3.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kini, apa yang lebih membanggakan prestasi pasukan MotoGP ini jauh melebihi sasaran awal yang ditetapkan. 

Menurut Dato' Razlan Razali, pada mulanya mereka hanya mensasarkan Franky (Franco Morbidelli) dan Fabio (Fabio Quartararo) untuk menamatkan perlumbaan dan belajar daripada setiap pusingan perlumbaan. 

"Namun, kedua-duanya memberikan lebih daripada apa yang kami harapkan, dan sudah tentu kami berasa amat bangga dan berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan. 
 

sumber gambar: Motorsport

Namun, kejutan utama sudah tentu hadir dari pelumba kedua, Fabio apabila ramai yang menentang keputusan Dato' Razlan Razali.

"Banyak pihak yang menyatakan kami telah membuat keputusan yang salah, namun setelah 12 bulan, mereka menyedari apa yang kami buat adalah keputusan yang tepat," ujar beliau dalam satu temubual.

Secara ringkasnya, tanpa sokongan daripada semua pihak, pasukan PETRONAS Sepang Racing Team tidak akan berdiri sejauh ini.

"Untuk para pelumba beraksi dengan cemerlang, mereka perlukan sokongan dari pasukan, dan saya berasa bangga melihat bagaimana pasukan ini mampu berdiri sebagai sebuah entiti yang terbaik untuk ketiga-tiga kategori.

"Saya juga turut berbangga sebagai seorang rakyat Malaysia untuk melihat dengan sendiri pasukan MotoGP Malaysia, dan dengan ini kami boleh memberitahu para peminat dan media dari seluruh dunia, inilah Malaysia!
 


Menyentuh soal Malaysian Grand Prix yang akan berlangsung penghujung tahun ini, ia merupakan kali pertama pasukan PETRONAS Sepang Racing Team bertanding di Litar Antarabangsa Sepang. 

"Malaysian Grand Prix merupakan perlumbaan pertama kami sebagai tuan rumah, dan kami mengharapkan para pelumba mampu memberikan saingan sengit di dalam MotoGP dan Moto3.

"Jika Pawi mampu kembali ke Moto2, dia juga boleh berlumba dengan baik!

"Kami menjangkakan kehadiran penonton seramai 200,000 ribu selama tiga hari, dan 115,000 orang pada hari perlumbaan. Ia bakal menjadi satu acara yang besar, dan kami tidak sabar menanti kehadiran (Malaysian Grand Prix).
 


Menutup sesi temubual, Dato' Razlan Razali mengesahkan bahawa khidmat Franco dan Fabio akan terus dikekalkan untuk musim yang kedua tahun hadapan. 
 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali berkata, pasukan sudah memberi banyak ruang kepada pelumba…