Berdasarkan spesifikasi asas, enjin V8 tersebut mampu untuk menghamburkan 454 kuasa kuda dan 556 Nm daya kilas, satu peningkatan yang jauh lebih tinggi berbanding kuasa asal.
Tidak cukup bak kata Tickford.
Syarikat penala tersebut nampaknya berminat untuk mengaplikasikan penggunaan kit pengecas lampau (supercharger) terhadap enjin V8 tersebut.
Menurut pengarah komersil Tickford, Andrew Philpott berkata, dengan unit supercharger 2.65 liter Roush TVS beserta dengan talaan kepada ECU, sistem kemasukan dan penyejukan, mereka mampu untuk melonjakkan output Ranger Raptor kepada 709 kuasa kuda dan 828 Nm!
Kit supercharger tersebut (Supercharger Power Pack - Stage 1) sudah pun disenaraikan di dalam laman rasmi Tickford berharga $17,995 (RM75 ribu) dan lengkap dengan jaminan daripada pengeluar.
Idea ini hanya boleh direalisasikan apabila Ford Australia secara rasmi membawa masuk Ford Ranger Raptor V8 yang dijadualkan berlangsung pada tahun hadapan.
Namun, adakah ia bakal menjadi pilihan para pembeli?