Ranger terlalu besar? Ford akan lancar satu model yang lebih kecil!

oleh HEZERI SAMSURI|
Ford dikatakan akan melancarkan sebuah trak pikap baharu yang lebih kecil dari saiz Ranger sedia ada dan ia akan diumumkan dalam minggu ini.

Menurut ciapan Twitter dari jurucakap Ford, Mike Levine, spekulasi mengenai Ford akan menghasilkan sebuah trak pikap baharu dengan saiz yang lebih kompak dari Ranger sekarang adalah benar.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Desas desus Ford akan menghasilkan sebuah trak pikap unibody dengan platform Focus sudah terbit sejak beberapa bulan yang lalu.  Ranger sekarang, walaupun di US, dianggap masih terlalu besar oleh sesetengah pengguna. 

Buat masa sekarang, tidak ada trak pikap dengan saiz yang kompak kerana semua trak pikap sudah bergerak ke arah saiz yang besar.

Ranger sekarang sudah jauh lebih lebar, lebih panjang dan lebih tinggi dari Ford Courier, trak pikap pertama mereka di Malaysia.

Adakah mungkin Courier itu akan membuat kemunculan baharu?

Apapun, Careta tidak yakin pasaran Malaysia memerlukan sebuah trak pikap kompak, kecuali spesifikasi yang menarik (enjin diesel 1.5L EcoBlue dengan transmisi 8-kelajuan automatik) dan harga yang menarik (di bawah RM90k).

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ford Escort Alan Mann 68 Edition ditawarkan dalam dua spesifikasi: Period Correct Unit…
Berita Global
Beberapa tahun lepas, keputusan Ford untuk menghentikan model popular seperti Fiesta, Focus, Fusion…
Berita Global
Walaupun angka itu mendahului pasaran, ia diberitakan masih lebih rendah dari apa yang dijangkakan…