Rapid KL Lanjut Operasi Tren Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46

oleh Qalif Latif|
Rapid KL mengumumkan pelanjutan waktu operasi tren serta peningkatan kekerapan perjalanan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang akan berlangsung dari 23 hingga 27 Mei 2025 di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

Langkah ini diambil bagi memastikan kelancaran pergerakan penduduk tempatan serta delegasi antarabangsa yang hadir ke ibu negara sepanjang tempoh persidangan tersebut. Tempoh waktu puncak pada hari bekerja akan dilanjutkan satu jam lebih awal dan lebih lewat dari biasa. Berikut ialah jadual baharu:

Rapid

Selain itu, Rapid KL turut meningkatkan kekerapan tren pada hari Sabtu dan Ahad (24 & 25 Mei), bagi menampung keperluan pengguna:
Rapid

Bagi memastikan kelancaran operasi, sebanyak 400 kakitangan tambahan akan ditempatkan di stesen-stesen utama. Rapid KL juga bersedia menggerakkan tren tambahan jika berlaku lonjakan penumpang secara mendadak.

Walau bagaimanapun, pengguna perkhidmatan bas Rapid KL termasuk On-Demand dijangka mengalami sedikit kelewatan susulan penutupan jalan secara berperingkat. Laluan terkesan termasuk:

  • Laluan 402 (LRT Titiwangsa – LRT Maluri)

  • Laluan 302 (LRT Titiwangsa – KLCC)

  • Laluan 300 (Hab Pandan Indah – Lebuh Ampang)

  • Laluan 303 (Taman Mulia Jaya – Lebuh Ampang)

  • Rapid KL On-Demand (Zon Titiwangsa – Chow Kit)

Sebagai langkah alternatif, pengguna digalakkan untuk menggunakan rel ke destinasi sekitar KLCC seperti Stesen KLCC (Laluan Kelana Jaya), Persiaran KLCC (Putrajaya Line), Raja Chulan (Monorel KL), Conlay (Putrajaya Line) dan Bukit Bintang (Laluan Kajang & Monorel).

Rapid KL menggesa semua pengguna merancang perjalanan lebih awal, mengikuti maklumat terkini melalui media sosial rasmi atau aplikasi PULSE, serta memanfaatkan sepenuhnya rangkaian pengangkutan rel yang lebih efisien dan kurang terkesan oleh penutupan jalan.

Usaha ini bukan sahaja memudahkan pergerakan ke kawasan tumpuan sepanjang sidang kemuncak, tetapi juga menyumbang kepada kelancaran trafik dan imej bandaraya sebagai tuan rumah acara bertaraf antarabangsa.

Berita Berkenaan

Informasi
Zon yang boleh ditempah menerusi aplikasi Rapid On-Demand ialah MRT Semantan-KTM Segambut, MRT…
Berita Domestik
Sebanyak lapan unit lif telah mula beroperasi sepenuhnya di stesen-stesen berikut: Stesen Hang…
Berita Domestik
Selain itu dua van disediakan bagi zon MRT Putrajaya Sentral – Presint 14 dan 16; Pusat Konvensyen…