Rapid KL - Masih wajib pakai pelitup muka dalam tren dan bas

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Rapid KL
Orang awam kurang peka arahan Rapid KL yang masih mewajibkan pengguna pemakaian pelitup muka ketika berada di dalam tren dan bas.


Rapid KL menerusi kemas kini di Facebooknya mengingatkan pengguna kemudahan berkenaan untuk mematuhi peraturan tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Anda disarankan untuk sentiasa mematuhi peraturan ketika menggunakan pengangkutan awam demi keselesaan bersama," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Rapid KL yang berjanji untuk meningkatkan hebahan kewajipan pemakaian pelitup muka menerusi pengumuman di dalam tren.

"Kami sedia maklum berkenaan isu ini dan berusaha untuk tingkatkan kekerapan pengumuman di dalam tren, serta peringatan melalui platform sosial media untuk beri kesedaran kepada penumpang," menurut Rapid KL.

Pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan berkuasa kuasa 7 September tahun lepas seperti diumumkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika menyandang jawatan Menteri Kesihatan.

Bagaimanapun Rapid KL masih mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam bagi menjaga keselamatan pengguna yang bersesak menggunakan kemudahan tersebut khususnya pada waktu puncak.

 

RapidKL

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Three Little Ahmads merupakan pengusaha jenama pakaian kanak-kanak yang diasaskan di Malaysia, di…
Berita Domestik
  "Operasi ini menyasarkan kepada penghantar makanan di sini agar mematuhi prosedur operasi…
Berita Domestik
  "Tiga lagi adalah pemilik premis, iaitu dua kedai gunting rambut dan satu kedai makan.   "…