RAPID KL PERKENALKAN PEMBAYARAN MELALUI KAD DEBIT DAN KREDIT

oleh Firdaus Razani|
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan pengangkutan awam rel Rapid KL memperkenalkan mod pembayaran baharu melalui pengunaan kad debit atau kredit di semua Kaunter Khidmat Pelanggan bermula 30 April 2024.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Pengguna LRT, MRT, Monorel dan BRT kini mempunyai fleksibiliti untuk menggunakan kad debit atau kredit bagi transaksi membeli token, menambah nilai kad Touch ‘n Go, dan melanggan pas perjalanan My50 atau MyCity.

Mod pembayaran baharu ini turut tersedia untuk Kaunter Pendaftaran Kad Konsesi Rapid KL di Hab Pasar Seni dan Stesen MRT Conlay.

Ia adalah platform tambahan dari pembayaran sedia ada di kaunter stesen iaitu secara tunai dan melalui kod QR.

Pembelian token juga masih boleh dilakukan di mesin tiket stesen.

Kaedah pembayaran baharu ini bertujuan untuk memberi kemudahan dan meningkatkan kecekapan proses pembelian untuk pengguna Rapid KL.

Dengan pilihan pembayaran baharu ini, pengguna tidak perlu risau untuk membawa wang tunai atau mencari mesin bank (ATM) kerana ia dapat memberi transaksi yang lebih selamat dan lancar.

Pengenalan mod pembayaran baharu ini sejajar dengan komitmen Rapid Rail untuk sentiasa menambahbaik sistem pembelian yang sedia ada dan memenuhi keperluan pengguna.

Hal ini kerana ia dapat memberi pengalaman positif kepada penumpang ketika menggunakan perkhidmatan Rapid KL.

Rapid Rail juga menggalakkan pengguna untuk memanfaatkan sepenuhnya mod pembayaran baharu ini supaya mereka dapat merasai kemudahan baru yang ditawarkan ini.

Berita Berkenaan

Informasi
“Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,004,591 iaitu peningkatan lebih 35 peratus berbanding…
Informasi
Selain itu, ia adalah kesinambungan daripada projek perintis koc wanita di MRT laluan Kajang yang…
Informasi
"Serentak dengan pembukaan semula laluan antara kedua-dua stesen tersebut, kekerapan tren pada…