Rapid KL Sedia Bas Khas Sempena Petronas MotoGP Malaysia 2025

oleh Qalif Latif|
Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan menyediakan sebanyak 82 buah bas Rapid KL bagi membawa peminat sukan permotoran ke perlumbaan Petronas Grand Prix of Malaysia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang akan berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober 2025.

Perkhidmatan bas khas ini akan beroperasi dari tiga lokasi utama:

  1. Hab Bas Pasar Seni – sambungan perkhidmatan dari Laluan Kelana Jaya dan Laluan Kajang.

  2. Hentian Bas KLCC – sambungan perkhidmatan dari Laluan Kelana Jaya.

  3. Hab Bas KLIA2 – untuk pengunjung dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) dengan sambungan ke ERL Express.

Laluan / Lokasi Naik & Turun Harga Tiket
Pasar Seni / KLCC ke SIC RM20.00 sehala
Pasar Seni / KLCC ke SIC RM35.00 pergi balik
KLIA2 ke SIC RM12.00 sehala

 

Pembelian Tiket Bermula 10 Oktober 2025

Pengguna boleh membeli tiket secara dalam talian melalui shop.myrapid.com.my mulai 10 Oktober 2025. Rapid KL menggalakkan pembelian awal bagi mengelakkan kesesakan atau tempoh menunggu panjang pada saat akhir.

Selain itu, tiket juga boleh dibeli terus di lokasi-lokasi berikut bermula 13 Oktober 2025:

Tarikh & Waktu Lokasi
13 – 25 Oktober 2025 (6.00 pagi – 9.00 malam) Kaunter di Stesen KLCC, Masjid Jamek, Pasar Seni & KL Sentral
26 Oktober 2025 (6.00 pagi – 10.00 pagi) Kaunter di lokasi sama
10 – 25 Oktober 2025 (9.00 pagi – 4.00 petang) Kaunter Kad Konsesi MyRapid, Hab Bas Pasar Seni
24 – 26 Oktober 2025 (6.30 pagi – 12.45 tengah hari) Kaunter 1, Aras 1, Hab Pengangkutan, Gateway @ KLIA2

 

Bas Perantara Percuma di SIC

Bagi melancarkan pergerakan pengunjung di kawasan acara, Rapid KL turut menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma di sekitar kawasan Litar Antarabangsa Sepang sepanjang tempoh perlumbaan berlangsung.

Untuk maklumat lanjut mengenai jadual dan perkhidmatan bas khas Petronas MotoGP Malaysia 2025, layari www.myrapid.com.my atau ikuti saluran media sosial rasmi Rapid KL.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Minggu lalu, jurucakap kerajaan Thailand berkata, Kabinet meluluskan peruntukan sebanyak 3.9 bilion…
Berita Domestik
"Saya sudah berjumpa dengan Dorna dan menyatakan hasrat kerajaan untuk memperbaharui kontrak,"…
Sukan Bermotor
Singapura Atasi Kuala Lumpur & Melbourne Dorna bersama kesemua 11 pasukan MotoGP telah memilih…