Rapid KL sindir penumpang makan mi segera dalam tren

oleh SALINA JALIL|
Disebabkan kedegilan para penumpangnya, pihak Rapid KL hari telah mengambil tindakan menyindir penumpang yang melanggar undang-undang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menerusi hantaran di Facebook rasmi, Rapid KL memerli dua wanita yang dilihat memakan mi segera di dalam tren.

 

“Tak pernah pula kami sediakan air panas untuk makan mi segera dalam tren. Dah makan, tak pakai pelitup muka pula.

 

“Untuk keselesaan anda, ada sebab kami melarang penumpang untuk makan dan minum di dalam tren,” katanya syarikat prasarana itu.

 

Status tersebut turut disertakan dengan tanda pagar #rapidkl #tegursebabsayang.

 

Rata-rata orang ramai bersetuju dengan tindakan yang dilakukan Rapid KL dan menyeru pihak berwajib supaya bertegas dengan penumpang yang masih berdegil.

 

“Jenis tegur tidak jalan elok emergency brake (brek mengejut) biar mi segera masuk hidung.

 

“Masa orang makan mi segera dalam tren ni tiada pula brek mengejut,” ujar Rashid Saleh Yakob.

 

“Nanti kena saman, salahkan RapidKL. Kalau tren tiba-tiba berhenti mengejut mi segera jatuh satu koc kotor sebab kuah mengalir,” kata Zaa Landau.

 

 

 

rapid

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kampung tersebut dipercayai sudah menanti selama 10 tahun untuk kerajaan membaiki jalan raya…
Berita Global
  "Macam tu je pihak yang bertanggungjawab kena 'taruk' dengan rider luar negara pasal tak reti…
Berita Global
Dalam beberapa foto yang tular di media sosial menunjukkan, seorang wanita membuat aksi persis…