Rapid Penang perkenal bas dua tingkat, beroperasi 1 Februari ini

oleh SALINA JALIL|
Penduduk Pulau Pinang bakal menikmati kemudahan perkhidmatan bas dua tingkat yang dikendalikan oleh Rapid Penang bermula, 1 Februari ini sekali gus bakal memberi imej baharu kepada sistem pengangkutan awam di negeri itu.


Bas yang berkonsepkan akses universal itu mampu membawa seramai 108 penumpang pada satu-satu masa dan dilihat mampu menangani permintaan serta kapasiti penumpang tinggi di sesetengah kawasan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ketua Wilayah Utara Rapid Penang, Ku Jamil Zakaria berkata, pengoperasian bas dua tingkat itu dilaksanakan di laluan 301 dari Terminal Bas Weld Quay ke Relau dan laluan 302 dari Terminal Bas Weld Quay ke Batu Maung. 

 

Jelasnya, pemilihan laluan itu berikutan kedua-dua laluan tersebut mempunyai permintaan dan kapasiti penumpang yang tinggi.

 

“Pengoperasian bas dua tingkat ini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan serta memberi keselesaan kepada penumpang terutama melibatkan kawasan Batu Maung, Bayan Lepas dan Relau. 

 

“Selain itu, inisiatif ini juga dijangka dapat meningkatkan lebih ramai penumpang yang akan menggunakan perkhidmatan bas Rapid Penang serta dapat mengurangkan masa penumpang untuk menunggu,” katanya dalam kenyataan.

 

Tambah Ku Jamil, para penumpang boleh menggunakan aplikasi PULSE yang dibangunkan oleh Prasarana yang dapat dimuat turun daripada Google Play dan App Store bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan Rapid Bus untuk membantu merancang perjalanan mereka.

 

 

 

– UTUSAN ONLINE 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pas perjalanan My30 bernilai RM30 itu berakhir pada 31 Disember ini dan digantikan dengan My50,…
Berita Domestik
Aplikasi tersebut diperkenalkan kepada pengguna perkhidmatan rel dan bas Rapid KL pada 17 Disember…
Berita Domestik
Pengerusi Kumpulan Prasarana Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata cadangan kerajaan…