RASMI: Audi umum sertai F1 2026

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada Porsche, Audi juga turut mengumumkan penyertaan ke dalam sukan berprestij Formula One bermula tahun 2026.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kemasukan jenama itu ke dalam F1 didorong oleh perubahan peraturan teknikal baharu yang akan mula berkuatkuasa pada tahun yang sama, di mana sasaran F1 untuk mencapai neutral karbon menjelang akhir dekad ini adalah selari dengan strategi Audi.

Bermula tahun 2026, F1 akan melaksanakan peraturan baharu yang akan memberikan kesan kepada aspek elektrifikasi, serta bermulanya penggunaan bahan api sintetik (e-fuel) yang lebih lestari.

Menurut Markus Diesmann, Pengerusi Lembaga pengurusan Audi berkata, "sukan permotoran merupakan sebahagian daripada DNA Audi. F1 merupakan salah satu pentas global buat jenama kami, serta makmal pembangunan yang mencabar.

"Gandingan prestasi tinggi dan persaingan sentiasa menjadi pemacu inovasi dan pemindahan teknologi di dalam industri kami. Dengan peraturan baharu, ini adalah masa yang sesuai untuk kami melibatkan diri.

Pengumuman rasmi itu walau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut berhubung rakan kerjasama Audi di dalam F1.

Namun dalam satu laporan daripada Motorsport.com, pengeluar tersebut dikatakan akan bekerjasama dengan Sauber, dan perjanjian antara kedua belah pihak itu mampu memberikan sokongan bertaraf pengilang kepada Sauber sejak BMW meninggalkan sukan tersebut pada 2009.

Sumber: Motorsport

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Berita Global
  Buat kali pertama dalam siri A3, pemandu boleh menukar lampu nyalaan siang (DRL) digital dengan…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…