RASMI: Harga jualan Mitsubishi XPANDER dari RM91,369

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini mengumumkan harga jualan rasmi bagi model crossover Mitsubishi XPANDER untuk pasaran Malaysia, bermula dari RM91,369 atas jalan tanpa insurans, serta pengecualian cukai SST.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Semenjak tempahan dibuka pada 22 Oktober yang lalu, Mitsubishi XPANDER telah berjaya mencatatkan tempahan sehingga 2,000 unit sehingga kini.

Datang dalam satu varian sahaja, Mitsubishi XPANDER didatangkan dalam empat warna iaitu Titanium Grey, Quartz White, Diamond Black dan Red Metallic.

Setiap pembelian hadir dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.


Dari segi penawaran, Mitsubishi XPANDER hadir dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter MIVEC yang menghasilkan 105 PS dan daya kilas 141 Nm pada putaran enjin 4,000 rpm.

Sistem transmisi pula adalah jenis automatik empat nisbah kelajuan yang telah ditala bagi kuasa yang optimum dan menawarkan penjimatan bahan api.


Rupa luaran Mitsubishi XPANDER membawakan konsep Dynamic Shield menjadikan penampilannya yang lebih berani, serta membawakan kelengkapan seperti lampu hadapan LED, lampu posisi LED, serta lampu belakang jenis LED dengan iluminasi berbentuk L.

XPANDER memiliki dimensi 4,475 mm panjang, 1,750 mm lebar dan tinggi 1,730 mm dibantu dengan jarak antara roda sepanjang 2,775 mm yang menawarkan ruang kabin yang lebih besar dan luas untuk memuatkan sehingga tujuh orang pada satu-satu masa.

Ditambah pula dengan jarak kelegaan tanah setinggi 205 mm memudahkan pemanduan XPANDER terutama melalui jalan yang lebih mencabar.

 


Antara kelebihan yang ditawarkan oleh XPANDER adalah tempat duduk baris kedua dan ketiga yang boleh dilipat rata bagi memuatkan barangan sehingga 1,630 liter.

Terdapat juga ruang simpanan yang mencukupi seperti di bawah kerusi, kotak konsol tengah, serta kotak glove dua bahagian yang terdapat pada papan pemuka.

Untuk keselesaan, XPANDER didatangkan dengan corong pendingin hawa pada baris kedua bagi menyalurkan udara sejuk kepada penumpang belakang, serta sistem infotainmen 9 inci yang hadir dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto.

 


Melengkapi ciri yang terdapat pada XPANDER adalah komponen keselamatan yang hadir pada XPANDER merangkumi ciri seperti dua beg udara SRS, ABS, EBD, Kawalan Kestabilan Aktif, Bantuan Brek, Bantuan Mula Mendaki, serta Brake Override System (BOS).

MMM turut menawarkan pakej tambahan merangkumi sistem pemantauan keadaan sekeliling (ARM), Perakam Video Pemanduan (DVR) serta sarung tempat duduk kulit berwarna hitam.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Rakyat Malaysia adalah dialu-alukan untuk menghadiri dan merasai sendiri keupayaan dan pengendalian…
Berita Domestik
MMM telah menjual 24,315 unit kenderaan dengan bahagian pasaran sebanyak 3.2 peratus yang…
Berita Domestik
Namun, sebuah model yang langsung tidak tersenarai, iaitu Hyundai Stargazer nampaknya telah pun…