RASMI: PETRONAS tamat tajaan Sepang Racing Team akhir musim MotoGP 2021

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) dan PETRONAS hari ini mengumumkan penamatan PETRONAS selaku Penaja Utama yang akan berkuatkuasa pada akhir musim MotoGP 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

PETRONAS telah menjadi Penaja Utama kepada SIC semenjak tahun 2018 menerusi pasukan Moto2 dan Moto3 PETRONAS Sprinta Racing, sebelum diperluaskan kepada pasukan utama MotoGP PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team pada tahun 2019.

Sehubungan dengan itu juga, pasukan Sepang Racing Team akan membuat pengumuman susulan berhubung penglibatan mereka di dalam MotoGP 2022 di bawah entiti baharu sepenuhnya.

Menurut CEO SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, "SIC ingin mengucapkan terima kasih kepada PETRONAS kerana sokongan yang tidak berbelah bagi sepanjang penajaan, kami menghormati keputusan yang dibuat oleh PETRONAS dan bersetuju kerjasama ini telah pun mencapai tujuan dan objektifnya.

"Saya percaya ini bukanlah pengakhiran kepada kolaborasi di dalam sukan permotoran, di mana kami akan berusaha untuk memupuk bakat muda sukan permotoran di Malaysia," tambah beliau lagi.

Ketua Unit Komunikasi Strategik PETRONAS, Datin Anita Azrina Abdul Aziz menambah, "menerusi kerjasama dengan SIC, kami mahu menunjukkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kami, dan berbangga dengan peranan utama PETRONAS Fluid Technology Solutions dalam mendorong kejayaan pasukan ini.

"Bagi pihak PETRONAS, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada SIC atas komitmen mereka terhadap kejayaan kerjasama ini."

 

Berita Berkenaan

Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…
Sukan Bermotor
Menurut sumber dalaman, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (sebelum ini dikenali sebagai SIC) akan…
Berita Domestik
  Ia berkata lebih separuh daripada penemuan itu berada dalam Lembangan Sarawak, terutamanya dalam…