Rasmi: Semua kereta baharu Volvo dihadkan kelajuan kepada 180 km/j

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada misi menjadikan kereta lebih selamat dan tiada seorang pun manusia mati akibat kemalangan atau dilanggar di dalam sebuah kereta Volvo, syarikat Sweden pada tahun lalu turut mengumumkan langkah mengehadkan kelajuan kenderaan kepada 180 km/j bermula tahun 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Seperti mana yang dijanjikan, langkah tersebut akhirnya dilaksanakan secara rasmi apabila semua kenderaan baharu Volvo yang keluar dari barisan pengeluaran kini dihadkan kelajuan secara elektronik pada 180 km/j sahaja di peringkat global.

 

 

180 km/j sahaja boh! Laju-laju nak gi mana?

Selain daripada had kelajuan 180 km/j, setiap kenderaan Volvo juga kini dilengkapi dengan Care Key yang membenarkan pemandu menetapkan had tambahan kepada had kelajuan sedia ada.

Ciri ini sangat berguna terutama ketika pemilik meminjamkan kenderaan kepada ahli keluarga ataupun mereka yang memiliki pengamalan pemanduan yang kurang di atas jalan raya.

Kedua-dua ciri had kelajuan 180 km/j dan Care Key merupakan petunjuk utama betapa bahayanya kelajuan, ini kerana ciri keselamatan serta rekaan infrastruktur sedia ada tidak mampu untuk menghalang daripada kecederaan dan juga kematian akibat pelanggaran.

 


Jadi, Volvo Cars percaya ini merupakan salah satu daripada tanggungjawab mereka sebagai pengeluar untuk membantu meningkatkan keselamatan trafik, dan menunjukkan bagaimana pengeluar masa kini mampu mengambil langkah tanggungjawab yang aktif dalam mencapai sifar kemalangan dengan menggalakkan pemanduan yang lebih berhemah.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara tersebut menyaksikan 240 peserta terdiri daripada pemilik dan peminat Volvo sama-sama…
Informasi
Dalam tempoh lebih 96 tahun berinovasi, Volvo Cars telah mencipta beberapa ciri yang sangat penting…
Berita Global
Menurut laporan daripada Teknikens Värld, unit prototaip sedan pra-produksi itu baharu sahaja…