'Rasmikan' WCE, 283 Mat Rempit ditahan Polis

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Padah merempit, lebih 280 buah motosikal telah dibawa ke Balai Polis Ayer Tawar selepas mereka dicekup dalam Op Khas Samseng Jalanan Ramadhan BSPTD Manjung dekat Tapak Projek Lebuh Raya WCE Susur Ayer Tawar petang semalam.

Operasi ini dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Manjung, bersama- sama bahagian / cawangan dalam IPD Manjung dan PVR daerah Manjung. Operasi bermula jam 3.00 petang dan tamat pada jam 12.00 malam.

Hasil risikan operasi selama seminggu, mendapati terdapat aktiviti lumba haram di tapak projek lebuh raya tersebut.
 


Seramai 283 orang dan 277 buah motosikal diperiksa sepanjang operasi ini. Hasil pemeriksaan sebanyak 374 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik dan 11 buah motosikal disita kerana tidak mematuhi undang-undang jalan raya.

Semua mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Ayer Tawar untuk tindakan selanjutnya.

Antara saman yang dikeluarkan adalah sebanyak 15 saman tunggang motosikal dibawah umur, 75 saman ubah suai kenderaan, 114 saman tiada lesen / cukai jalan tamat tempoh.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Oleh itu, Lebuhraya WCE menggesa semua pemandu supaya mengutamakan keselamatan dan meningkatkan…
Berita Domestik
Menteri Kerja Raya, Dato Alexander Nanta Linggi berkata, serentak dengan pembukaan tersebut juga…
Informasi
"Selain berfungsi sebagai lebuh raya alternatif kepada Lebuhraya Utara Selatan, WCE akan membuka…