#RasuahBusters - Allianz sertai gerakan Rasuah Busters, perangi gejala rasuah

oleh SALINA JALIL|
Malaysia berada di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2020 dengan skor sebanyak 51 dan di belakang Singapura (di tempat ketiga dengan skor 85) manakala Brunei Darussalam (tempat ke-35 dengan skor 60).


Skor yang TIDAK BOLEH dibanggakan tersebut adalah bagi kedudukan negara bagi kadar rasuah dalam negara mengikut piawaian antarabangsa dan berada pada tahap yang membimbangkan.


Bimbang dengan perkara tersebut, satu-satunya syarikat insurans yang PERTAMA mengorak langkah untuk membendung kegiatan rasuah adalah Allianz Malaysia Berhad (Allianz).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Allianz telah menyatakan ikrar untuk menyokong gerakan ‘#RasuahBusters’ dalam usaha memperkasa masyarakat untuk menolak gejala negatif tersebut.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zakri Khir berkata menerusi slogan ‘Kami Anti Rasuah,’ kini sudah tiba masanya bagi pihak korporat dan individu untuk berganding bahu menolak semua bentuk jenayah rasuah selain menuntut bertanggungjawab daripada mereka yang berkuasa atau memegang jawatan terbabit dengan gejala tersebut.


“Rasuah wujud dalam segenap masyarakat dan industri, termasuk insurans. Usaha memerangi rasuah ini memerlukan momentum dan komitmen yang berpanjangan.


“Oleh itu, menerusi pembabitan dengan Rasuah Busters, kami berharap dapat membuat pendirian bersama dalam menolak segala bentuk rasuah; berkongsi suara ke arah memerangi rasuah dan selaku pemimpin industri dapat membuka jalan agar dapat dicontohi pihak lain,” katanya pada majlis pelancaran Kerjasama Allianz Malaysia dan Rasuah Busters di Kuala Lumpur petang semalam.

 

Dato' Sri Shamshun (kiri), Zakri Khir (tengah), Datuk Hussamuddin (kanan)

 

Rasuah Busters telah dilancarkan pada 29 Jan, 2021 yang diterajui oleh Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, dan bertujuan mengembalikan serta membentuk transformasi dan integriti negara untuk menghapuskan semua bentuk gejala rasuah.

 

Ketika berucap, Zakri berkata antara inisiatif pertama sempena kerjasama dengan Rasuah Busters adalah pengedaran sebanyak 250,000 pelekat kereta khas dengan slogan ‘#RasuahBusters - Saya Anti Rasuah’ kepada pemegang polisi komprehensif syarikat itu.


“Kami berharap tindakan memaparkan pelekat ini dapat menggalakkan mana-mana pihak untuk menolak daripada melakukan amalan rasuah ini,” katanya.

 

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata sebanyak 3,981 kertas siasatan membabitkan jenayah rasuah telah dibuka bagi tempoh 2017 hingga 31 Mac, 2021 yang melibatkan masing-masing 4,194 tangkapan, 1,601 pertuduhan serta 856 sabitan. 


Menurutnya, daripada keseluruhan kertas siasatan itu, sebanyak 627 membabitkan sektor swasta dengan sejumlah 927 tangkapan dan 256 pertuduhan serta kadar sabitan sebanyak 125 kes.

 

Dalam masa yang sama, Shamshun turut menyeru supaya orang ramai sama ada perseorangan atau syarikat untuk tampil ke depan dan membuat aduan sekiranya terdapat amalan rasuah ini di peringkat pejabat kerajaan mahu pun swasta. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis pelancaran produk terbaharu tersebut telah diadakan di Sentul Depot, Kuala Lumpur pada hari…
Berita Domestik
Program yang dianjurkan di ibu pejabatnya di Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur itu telah memberi…
Berita Domestik
Pakej Rahmah Kenderaan persedirian menampilkan manfaat istimewa termasuklah bantuan kemalangan…