Razlan Razali letak jawatan dari MAM

oleh HEZERI SAMSURI|
Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali hari ini mengumumkan perletakan jawatan beliau dari Persatuan Motorsports Malaysia (MAM).

Razlan yang juga CEO untuk Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berkata keputusan beliau dibuat kerana mahu lebih fokus kepada tugas beliau untuk SIC dan juga Prinsipal Pasukan untuk Petronas-Yamaha-Sepang MotoGP.

Surat perletakan jawatan beliau telah dihantar secara rasmi kepada Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir (yang menggantikan Tan Sri Azman Yahya).

Razlan turut mengumumkan pengganti beliau, Muizz Azli. 

Razlan merupakan salah satu tunjang utama kegiatan sukan bermotor negara di peringkat antarabangsa dan dengan adanya pasukan MotoGP negara, lebih afdal untuk beliau memberikan lebih fokus kepada pasukan itu.

Berita Berkenaan

MotorGP
RNF Racing, yang diterajui Razlan merupakan sebuah pasukan yang dijenamakan semula daripada…
MotorGP
Dalam satu temubual yang diadakan secara maya baru-baru ini, Razlan menegaskan pasukan baharu SRT…
MotorGP
Menurut laporan daripada Crash.net, Prinsipal pasukan PETRONAS SRT Razlan Razali memberitahu…