RC20GT - kit badan dari Mugen untuk Honda Civic Type R

oleh Mohamad Hanif|
Kami sebenarnya kehilangan kata-kata untuk menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan kit badan RC20GT yang dipamerkan oleh Mugen untuk model Honda Civic Type R.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ya, ini merupakan kit badan RC20GT, dihasilkan oleh firma talaan Mugen yang banyak menghasilkan kit OEM untuk kegunaan model-model keluaran Honda. 

Honda Civic Type R generasi terdahulu (EK9, EP3, dan sedan FD2) hadir ke dalam pasaran yang membawakan reka bentuk yang minimalis, serta prestasi yang amat mengkagumkan.

 


Apabila Civic Type R generasi baharu muncul, imej minimalis yang dibawakan oleh generasi Type R terdahulu tersebut berubah sekelip mata menjadi radikal, malah sesetengahnya menggelarkan Civic Type R seperti Gundam versi kereta. 

Namun, lupakan seketika Civic Type R FK8 tersebut kerana Mugen telah hadir dengan kit badan yang lebih agresif dan ianya kini disahkan sudah pun memasuki fasa pra-produksi. 
 


Digelar sebagai RC20GT, kit badan ini dilihat tidak banyak berubah daripada model konsep RC20GT Type R yang pernah dipamerkan pada tahun lalu. 

Tidak dapat dipastikan apa wabak yang melanda para pereka Mugen, namun Mugen mendakwa kit badan ini mampu meningkatkan kadar aerodinamik ketika kelajuan tinggi. 
 


Selain daripada kit RC20GT ini, Mugen juga memperkenalkan Mugen Civic Type R Prototype yang dilihat masih mengekalkan imej asal Type R serta menampilkan komponen yang dipinjam daripada RC20GT seperti pelindung cermin sisi, rim aloi dan juga sayap belakang. 
 


Mugen, apa yang anda dah lakukan?

Mugen Motorsports sebenarnya bukan calang-calang firma, memandangkan sebelum ini mereka jualah yang membangunkan model prestasi khusus Honda Civic FD2 Type R Mugen RR pada tahun 2007.
 


Sedan Type R FD2 merupakan antara sedan paling cantik pernah dihasilkan oleh Honda, dan dengan elemen prestasi daripada Mugen, 300 unit Mugen RR tersebut habis terjual dalam masa 10 minit sahaja!

Enjin K20A tersebut mampu menjana kuasa sehingga 237 hp dan 218 Nm, terima kasih kepada penggunaan barangan prestasi seperti camshaft, sistem ekzos dan ECU. 

Masih ingatkah anda kepada model Honda Civic Type R di atas?

Berita Berkenaan

Berita Global
Menariknya, biarpun Honda Civic Type R mempunyai tetapan casis dan suspensi yang lebih sporti…
Berita Global
Ketepikan mitos itu sebab penulis sendiri tidak mempunyai sebuah Honda dan telah pun melangsungkan…
Berita Global
Honda Civic Type R 2023 (FL5) dikatakan berjaya mencatatkan rekod terpantas di Nurburgring…