React Swiss Eyewear - Cermin mata dengan inovasi terkini untuk penunggang basikal

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Perintis gaya hidup berbasikal di Malaysia, Cyclelogy telah meluaskan rangkaian produknya melalui pengenalan jenama cermin mata React Swiss Eyewear dengan inovasi terkini khusus untuk penunggang basikal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengenalan React Swiss Eyewear merupakan komitmen Cyclelogy untuk menawarkan produk peringkat teratas yang memenuhi fungsi dan gaya hidup berbasikal.

Hadir dengan kejuruteraan Swiss, cermin mata tersebut dilengkapi teknologi termaju bersama falsafah reka bentuk yang sempurna, membawa kepada perspektif baharu terhadap landskap cermin mata.

 

2

 

Antara ciri teknologi yang ditampilkan React Swiss Eyewear ialah:

Penukaran Tenaga Inframerah: React Swiss Eyewear memanfaatkan kuasa inovasi dengan menukar sinar inframerah kepada tenaga elektrik untuk kefungsian tanpa bateri.

Teknologi LCD Shadetronic: Kanta LCD shadetronic berfungsi menukar kecerahannya dalam masa 0.1 saat sahaja lancar.

Reka Bentuk Tanpa Bateri: React Swiss Eyewear meningkatkan kemudahan dan mengurangkan kesan alam sekitar.

Kalis Air : Dibina untuk mengharungi cabaran berbasikal dalam pelbagai keadaan, memastikan prestasi tanpa kompromi dalam hujan, peluh atau rupa bumi yang mencabar.

Ketahanan Tiada Tandingan: Ciri-ciri kalis calar dan pecah menjamin bahawa React Swiss Eyewear mengekalkan penampilan dan fungsinya dalam keadaan mencabar.

Kecemerlangan Buatan Tangan: Setiap pasang React Swiss Eyewear dibuat dengan teliti di Wattwill, Switzerland, sebuah wilayah yang terkenal dengan tradisi ketepatan dalam ketukangan.

Perlindungan UV400: React Swiss Eyewear menyediakan perlindungan UV400 yang komprehensif bagi melindungi mata penunggang basikal daripada sinaran ultraungu yang berbahaya

Kanta Terpolarisasi dengan Paparan Digital: Kanta terpolarisasi bukan sahaja menawarkan kejelasan optimum tetapi juga membenarkan penunggang basikal membaca paparan digital tanpa herotan visual.

Pelancaran rasmi React Swiss Eyewear di Malaysia telah berlangsung pada 25 Ogos 2023, dimana koleksi jenama itu kini boleh didapati secara eksklusif di kedai Cyclelogy di seluruh negara.