Rebat hingga RM10,000 dari Honda Malaysia!

oleh SALINA JALIL|
Honda Malaysia telah mengumumkan di laman web dan Facebook mereka tentang tawaran istimewa ‘3onus’ March dengan kombinasi promosi “Bonus Terima Kasih” sepanjang bulan Mac ini. Promosi ini merupakan tawaran rebat dan pilihan sama ada kad petrol bernilai RM500 atau pun wang tunai.


Tawaran ini melibatkan barisan model 2019 dan 2020 serta peluang anda untuk mendapat penjimatan tunai sehingga RM10,000. Tetapi ia tidak termasuk model-model yang baharu dilancarkan minggu lepas seperti Honda Accord atau Civic!
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

 

Untuk model Honda HR-V  tahun pembuatan 2019, jumlah penjimatan bermula RM4,000 dan RM4,500 bagi model CR-V. Model Jazz hatchback pula diberikan rebat RM5,000 dan RM6,000 bagi model City.  Satu-satunya model MPV Honda iaitu Odyssey (CBU) diberikan penjimatan sehingga RM6,000.

 

Bagi model-model hibrid seperti HR-V Hybrid rebat yang tertinggi ditawarkan iaitu sebanyak  RM10,000 manakala Jazz dan City rebat yang dijanjikan adalah  sehingga RM9,000.  

 

promo

 

Sekiranya anda mencari model buatan tahun ini, Honda Malaysia masih berbesar hati dan memberikan rebat untuk model-model ini, HR-V diberikan rebat RM2,000, CR-V dan City rebatnya adalah RM3,000, Jazz rebat yang dijanjikan adalah RM2,500. Rebat yang sama juga untuk kesemua varian tahun buatan 2020 TETAPI tiada rebat untuk Accord, Civic mahu pun BR-V 2020 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.  

 

Promosi ini tertakluk kepada terma dan syarat serta sementara stok masih ada, dan hanya sah untuk pendaftaran yang dibuat di bulan Mac 2020 ini sahaja.

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini 

 

part 1
Model keluaran tahun 2019

 

part 2
Model keluaran tahun 2019

 

 

honda
Model keluaran tahun 2020

 

honda mac part 2
Model keluaran tahun 2020

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bagi meraikan kegembiraan berganda itu, syarikat menganjurkan majlis penyerahan kereta khas di…
Informasi
Pakej HiP dipertingkatkan ini menawarkan gabungan tiga faedah yang dipertingkatkan termasuk menunda…
Pelancaran Motosikal
Honda ADV350 dinadikan dengan enjin 4 lejang bersasaran 330cc, satu silinder, penyejuk cecair SOHC…