Rebat RM2,000 model baharu Honda City

oleh SALINA JALIL|
Honda Malaysia menawarkan rebat bernilai RM2,000 bersempena 12.12 Jualan Istimewa bagi pembelian model serba baharu generasi kelima Honda City untuk varian S dan E.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kempen yang disasarkan untuk menyampaikan 'Joy of Buying' kepada pelanggan Honda di Malaysia dikenali 'All-New City 12.12 Special Sales' akan berlangsung mula hari ini hingga 12 Disember 2020.

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama, berkata pengenalan kempen itu adalah sebahagian langkah syarikat untuk menghargai sokongan pelanggan ke atas jenama berkenaan.

 

"Kami berbesar hati untuk menawarkan peluang kepada pelanggan memiliki kereta impian mereka dan menikmati 'Joy of Buying' dengan 'All-New City 12.12 Special Sales' sempena musim festival akhir tahun dengan memberikan rebat khas," katanya dalam satu kenyataan.

 

Model serba baharu, Honda City sudah merekodkan prestasi jualan signifikan sejak ia dilancarkan dengan lebih 9,000 unit tempahan diperoleh.

 

Ishiyama berkata, selain 12.12 Jualan Istimewa, pelanggan juga dapat lebih manfaat selain rebat iaitu pengecualian cukai jualan sehingga hujung tahun ini menjadikan pembelian lebih berbaloi.

 

Untuk pasaran Malaysia Honda City serba baharu ditawarkan pada RM74,191.27 bagi varian S, RM81,664.82 bagi varian E dan RM86,561.45 bagi varian V, di mana semua harga atas jalan dengan pengecualian cukai jualan sehingga Disember 2020.

 

Honda City bagi varian S dan E menggunakan enjin 1.5L DOHC i-VTEC dan kotak gear CVT.

 

Ia dilengkapi ciri terbaharu dengan ruang dalaman lebih selesa termasuk corong pengahawa dingin untuk penumpang belakang dan sistem infotainmen bersaiz lapan inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto untuk varian E.

 

Honda City didatangkan dengan pelbagai ciri keselamatan seperti Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengagihan Brek Elektronik (EBD) Bantuan Brek (BA), Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), Bantuan Mula Bukit (HSA), Isofix dan Peringatan Pemakaian Tali Pinggang Keledar belakang.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…