Rebut peluang pandu Uji VW Passat Elegance di 1Utama 19-23 Februari ini

oleh Mohamad Hanif|
Kempen jelajah Volkswagen Tour yang pertama akan berlangsung pada 19-23 Februari ini bertempat di 1Utama Shopping Centre, bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara selama lima hari itu bakal menyajikan barisan kenderaan terkini Volkswagen seperti Beetle, Vento, Tiguan, Golf R-Line dan Golf GTI, serta bintang baharu VW Passat Elegance. 

Anda boleh merebut peluang untuk memandu uji sendiri Volkswagen Passat Elegance yang didatangkan dengan enjin 2.0TSI dan merasai sendiri pemanduan model pertama yang didatangkan dengan transmisi baharu DSG tujuh nisbah kelajuan baharu itu.

Selain daripada itu, bagi mereka yang menempah kenderaan baharu, Volkswagen dengan murah hati memberikan baucer petrol bernilai RM1,000 ke atas promosi rebat sedia ada. 

Jadi, luangkan masa hujung minggu anda kali ini dengan melawat Volkswagen Tour di 1Utama Shopping Centre (Centre Court), dan nikmati pelbagai tawaran menarik khas untuk anda!