Rebut tawaran menarik dari Naza Automotive Group sempena Merdeka ini!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan bulan sambutan Merdeka yang ke-62, Naza Automotive Group ingin memberikan kepada anda tawaran menarik kepada rakyat Malaysia yang ingin mencari kenderaan baharu.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Fuel Your Freedom, Discover Malaysia with Kia

Naza Kia Malaysia selaku pengedar rasmi kenderaan jenama Kia membawakan kepada anda 'Fuel Your Freedom, Discover Malaysia with Kia' di mana 62 orang pelanggan bertuah akan menerima baucer petrol bernilai RM620. 

Kempen ini terbuka kepada mana-mana pelanggan yang mendaftarkan kereta Kia baharu mereka bermula 15 Ogos sehingga 30 September ini. 

 

Peugeot Merdeka Campaign Special Deal


Nasim Sdn Bhd membawakan tanda harga yang menarik kepada para peminat SUV Peugeot 5008 dengan kempen Merdeka mereka. 

Bermula bulan ini sehingga September 2019, dengan harga RM161,888 anda boleh membawa pulang SUV yang merangkul pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa seperti 2018 CCT100 SUV of the Year, 2018 What Car? Best Large SUV, Cars Of Malaysia 2019 Best Family SUV and DSF.my VOTY Awards 2019 7-Seater SUV of the Year. 

 

Citroen pun tidak ketinggalan!


Naza Euro Motors Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama Citroen di Malaysia ingin menawarkan Citroen Grand C4 SpaceTourer, sebuah MPV premium dengan harga yang berpatutan sehingga 30 September ini. 

MPV yang menawarkan keselesaan, ciri-ciri keselamatan yang menyeluruh serta teknologi termoden ini boleh didapati pada harga RM139,888. 

 

Raikan Merdeka dengan motosikal Ducati


Divisyen motosikal Ducati Malaysia juga hadir dengan pelbagai tawaran menarik sempena musim merdeka ini. 

Motosikal menarik seperti Ducati Panigale V4S kini ditawarkan dengan Aksesori Ducati Performance dan Rizoma bernilai sehingga RM6,000 manakala pembeli yang memilih Multistrada 1260 S juga akan menerima rebat 50% sistem ekzos penuh Termignoni yang berharga RM14,000!

Para peminat Scrambler Mach 2.0 juga akan menerima tambahan sistem ekzos slip-on dari Termignoni bernilai RM7,000 dan pakej lampu membelok LED Scrambler bernilai RM1,800 secara percuma. 


Bagi setiap pembelian Scrambler Classic akan turut mendapat sistem ekzos penuh Termignoni Racing bernilai RM14,000.

Untuk mereka yang mencari barangan rasmi Ducati atau Scrambler boleh melawat Ducati Petaling Jaya yang kini menawarkan diskaun sehingga 50%. 

Para pelanggan Ducati sedia ada boleh menikmati ganjaran menerusi Ducati Service Campaign berupa pemeriksaan 21 mata bernilai RM180, penjimatan 25% Desmo Service Package dan 20% rebat untuk alat penyelenggaraan ketika kempen Merdeka.