Recall: JPJ umum panggilan semula libatkan Perodua Alza, Aruz dan motosikal Honda CB350RS

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini sekali lagi telah mengadakan hebahan untuk panggilan semula 3,722 unit kenderaan yang melibatkan kereta Perodua Alza, Perodua Aruz dan motosikal Honda CB350RS.

2,518 unit melibatkan Perodua Alza (varian X,H,AV) dan 1,139 unit Perodua Aruz (varian X,AV) dengan isu ketinggian sasaran lampu utama tidak mematuhi spesifikasi, sementara 65 unit melibatkan Honda CB350RS dengan isu sensor kelajuan.

2

Menurut JPJ, setiap pemilik kenderaan yang terlibat akan dihubungi oleh pihak Perodua dan Boon Siew Honda bagi proses penyelarasan slot pemeriksaan, pemilik juga dibenarkan walk-in ke mana-mana pusat servis berhampiran.

Setiap kos penggantian komponen yang melibatkan isu tersebut juga akan ditanggung oleh pihak Perodua dan Boon Siew Honda.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Amerika Syarikat (AS), sebanyak 195,000 kereta turut terlibat. BMW tidak memberikan angka…
Berita Domestik
Terdapat dua jenis isu berasingan melibatkan komponen pam bahan api yang dikesan: Pertama, pam…
Berita Global
Panggilan semula ini melibatkan sebahagian besar model Ford dan Lincoln dari tahun model 2021…