Recall: Porsche panggil semula 4 unit EV Taycan dengan risiko kerosakan suspensi

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Porsche Cars Australia kini sedang memanggil semula 4 unit EV Taycan melibatkan kerosakan pada sistem supensi hadapan yang boleh menyebabkan risiko untuk hilang kawalan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini merupakan kali kelima Porsche Australia melakukan recall dalam masa kurang dari setahun, tahun lepas kempen recall itu melibatkan 2 kali model Taycan dan 1 kali masing-masing untuk model Cayenne dan 911.

Menurut laporan dari Drive, Porsche Cars Australia berkata 4 unit EV yang dipanggil semula itu melibatkan model Taycan 4S.

 

2

 

Wakil dari Porsche berkata, “Topang pegas udara di kiri dan kanan gandar hadapan mungkin tidak memenuhi spesifikasi pembuatan.

“Ini boleh menyebabkan topang hadapan tercabut dan mengeluarkan udara dari spring mengakibatkan kehilangan kawalan kenderaan.

"Kehilangan kawalan kenderaan boleh meningkatkan risiko kemalangan yang menyebabkan kecederaan atau kematian kepada penumpang kenderaan dan pengguna jalan raya yang lain."

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…