Recall: Toyota akan gantikan enjin baharu untuk lebih 100 ribu unit Tundra dan Lexus LX

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada bulan Mei lepas, Toyota telah mengumumkan panggilan semula untuk model Tundra dan Lexus LX600 yang menggunakan enjin V6 3.4 liter turbo berkembar.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

Pada masa tersebut, Toyota masih belum dapat mencari cara untuk menyelesaikan masalah yang dialami.

Panggilan semula itu melibatkan 102,092 unit kenderaan (98,568 unit Tundra dan 3,524 unit LX600) dengan isu serpihan dalam enjin akibat daripada proses pembuatan yang tidak dibersihkan dengan betul.

Sebarang serpihan dalam enjin itu cukup buruk untuk menyebabkan galas utama (main bearings) pada aci engkol terkesan, di mana ia boleh membawa kepada beberapa isu keselamatan yang jelas.

 

2

 

Dokumen panggilan semula menunjukkan 824 tuntutan jaminan enjin yang mungkin berkaitan dengan isu tersebut. Semasa panggilan semula diumumkan pada bulan Mei, isu tersebut masih disiasat.

Kini, Toyota akan menggantikan enjin "untuk semua kenderaan yang terlibat" tanpa caj kepada pemilik.

Ia melibatkan Tundra yang dihasilkan dari 2 November 2021 hingga 13 Februari 2023, sementara Lexus LX600 pula dihasilkan dari  30 Julai 2021 hingga 25 November 2022.

 

3

 

Berita Berkenaan

Berita Global
    Berbanding enjin 2.5 liter hibrid (HEV) di AS, Crown Estate pasaran Jepun mempunyai tambahan…
Berita Global
  Nama ini juga mudah disebut berbanding ciptaan baharu yang asing di telinga pengguna. Mungkin…
Berita Global
Bagi jenama gergasi seperti Toyota, sehingga kini mereka dilihat masih memperlahankan rentaknya…