Recall: Toyota Prius baharu alami isu pintu belakang terbuka semasa memandu

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Toyota telah mengumumkan panggilan semula melibatkan model Prius baharu yang mengalami isu pintu belakang terbuka secara tiba-tiba semasa memandu akibat litar pintas, libatkan 55,000 unit Prius baharu di US.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu belakang, dan pintu boleh terbuka jika tidak dikunci.

Bagi mengatasi isu tersebut, Toyota akan menggantikan suis pembuka pintu belakang kiri dan kanan baharu dengan reka bentuk yang lebih baik dan dipertingkatkan.

 

2

 

Sementara menunggu giliran untuk menggantikan komponen tersebut, Toyota meminta semua pemilik Prius baharu di US dan Kanada untuk mengaktifkan fungsi yang mengunci pintu secara automatik bagi mengelakkan pintu daripada terbuka jika litar pintas berlaku.

Selain di US, Toyota juga akan memanggil semula kira-kira 211,000 unit model Prius baharu di seluruh dunia melibatkan isu tersebut, termasuk di pasaran Asia dan Jepun.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara model yang terlibat panggilan semula ini adalah 2 Series Active Tourer, X1, X3, X4, X5, X6…
Berita Global
Isu yang sama pernah berlaku menyebabkan panggilan semula pada 2022 untuk model Ridgelines tahun…
Berita Global
Dalam kenyataan itu, Chery menekankan komitmennya untuk memastikan keselamatan pelanggannya dan…