Recond.my sedia khidmat semak status kereta import premium Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Pengalaman ditipu ketika membeli kereta-kereta import terpakai atau recond mungkin satu pengalaman ngeri yang melibatkan perbelanjaan wang yang sangat besar dan tidak dilupakan aspek keselamatan ahli keluarga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Manakan tidaknya, kereta nampak cantik sahaja di luar, hakikatnya kondisi kereta tersebut sebenarnya sudah layak untuk dihumban ke dalam gaung. 

Ataupun kereta anda mungkin sebenarnya mangsa banjir. 

Itu mungkin cerita beberapa tahun yang lepas, di mana para pengguna tidak mendapat akses yang sempurna bagi memeriksa kondisi kenderaan yang diidamkan. 

 

haru bukan kalau kereta anda sebenarnya bekas mangsa banjir? 

Atas semangat mahu membantu lebih ramai keluarga di Malaysia mendapatkan kereta import terpakai khususnya dari negara Jepun, dua anak muda memulakan inisiatif dengan membuka perkhidmatan Recond.my.

Tunjang utama di sebalik Recond.my ini adalah dua anak muda iaitu Adam Effendy, 32 tahun dan merupakan anak jati Kuala Lumpur bersama-sama rakannya Mohammad Akif, 28 tahun yang berasal dari Kelantan. 

 


Inisiatif ini tercetus setelah kedua-duanya merasai sendiri pengalaman turun padang berkunjung ke pusat jualan kenderaan terpakai serta mendengar keluhan daripada kawan rapat berkenaan isu penipuan kondisi kereta recond. 

Memandangkan potensi pasaran kereta recond sebenarnya cukup besar di Malaysia, Akif dan Adam mahu menawarkan perkhidmatan semakan status kenderaan recond dari Jepun yang boleh diakses oleh rakyat Malaysia dengan lebih mudah. 

 


Dengan bayaran serendah RM49.90, anda kini boleh mendapatkan laporan rasmi lengkap serta merta daripada Japan Auction House berhubung kenderaan yang ingin diperiksa (dan dibeli) yang merangkumi:

  • Gred keseluruhan (Auction Grade)
  • Kondisi dalaman
  • Nombor Casis
  • Jarak Perbatuan
  • Perubahan warna cat
  • Catatan rekod servis
  • Ciri positif/negatif yang terdapat pada kenderaan

Antaramuka laman Recond.my juga cukup ringkas dan mudah digunakan, di mana mereka turut menyediakan panduan membaca laporan rasmi daripada Japanese Car Auction serta lampiran gred kenderaan yang direkodkan. 


 


Buat masa ini, Recond.my hanya menyediakan laporan lengkap untuk kenderaan buatan Jepun yang melepasi Japanese Car Auction tahun 2007 ke atas, dan tidak ada sebarang perkhidmatan untuk menyemak status kenderaan buatan Eropah dari negara tersebut. 

Recond.my boleh diakses menerusi laman web https://www.recond.my/ atau menerusi laman Facebook Recond
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
GMR telah pun beroperasi sejak tahun 2015, dan ini merupakan tahun kelima syarikat itu di dalam…
Berita Domestik
Menurut Aliff, 34, Pengarah Urusan Ifcon Technology dan juga bekas pelajar MRSM Batu Pahat, Scrut…
Berita Global
Polisi Clean Car Discount ini memberikan diskaun sehingga US$7,600 untuk kereta elektrik baharu dan…