Red Army Watches perkenal koleksi jam tangan eksklusif sempena Hari Wanita Sedunia

oleh Mohamad Hanif|
AION MREC Banner Campaign May 2024

Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac ini, Red Army Watches ingin menggalakkan golongan kaum hawa untuk lebih mencintai diri sendiri dengan seleksi jam tangan eksklusif khusus untuk wanita. 

Menurut Julianna Chai, Pengarah Urusan Red Army Watches Malaysia berkata, "wanita moden masa kini memiliki karier tersendiri, dan bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa perlu bergantung kepada lelaki."

"Dengan koleksi jam tangan eksklusif bersempena Hari Wanita Sedunia ini, kami berharap ia dapat memotivasikan diri mereka sebagai simbol kebebasan, kekuatan dan cintakan diri sendiri," tambah beliau. 

 

P1B/02 
Sevenfriday

Jam tangan ini khusus buat mereka yang memiliki personaliti yang murni. 

Penggunaan tali jam yang diperbuat daripada kulit lembu menghiasi casis kukuh yang diinspirasikan daripada mesin kapas. 

P1B/02 ini dikuasakan oleh Miyota 82S7 automatik dengan tenaga simpanan selama 40 jam. 

Super-Luminova® yang terdapat pada jarum jam mampu memberikan bacaan ketika suasana gelap, manakala cakera rhodium pula memberikan indikasi waktu 24 jam di mana simbol bulan mewakili malam dan simbol matahari mewakili siang. 

 

AS.LA-WIN-3 Winter 
Alexander Shorokhoff

Sebuah hasil karya yang sofistikated Alexander Shorokhoff ini dihasilkan untuk golongan professional yang mengimpikan satu anjakan besar dalam hidup mereka. 

Interpretasi musim sejuk ini disimbolkan menerusi penggunaan tali jam tangan kulit stingray serta rekaan dial yang dihiasi dengan serbuk berlian berkilau, sebelum diakhiri dengan gelas sapphire anti-reflektif.

Casis 39 mm kalis air ini melindungi enjin jam 2824 ETA automatic winding caliber dengan rotor yang dibuat daripada tangan sepenuhnya, dan mempunyai tenaga simpanan selama 49 jam. 

Ia terhad kepada 287 unit di seluruh dunia, menjadikan jam tangan ini lebih eksklusif.

 

AS.LA-DUB-4DD Arabial Pearls 
Alexander Shorokhoff

Golongan wanita yang gemarkan stail yang eksotik perlu mencuba dengan sendiri siri Arabian Pearls yang diinspirasikan daripada bandar Dubai dan Abu Dhabi.

Elemen Arab menghiasi permukaan dial dengan penggunaan habuk halus berlian menggambarkan kemewahan dan kebudayaan kedua-dua bandar tersebut. 

Rekaan mekanikal yang membawakan seni dan tradisi Arab diteruskan lagi dengan penandaan waktu jam daripada perak yang melambangkan kejelasan dan ketelusan, manakala casis tahan karat dan tali jam tangan kulit stingray memberikan imej yang lebih elegan dan klasik.

Melindungi enjin jam 2824 ETA pergerakan automatik pada jam tangan ini ialah gelas kristal sapphire anti-reflektif. 

 

AS.LCD01-1D Lady Chronograph 
Alexander Shorokhoff

Menampilkan hasil kerja tangan yang sangat indah dan berkualiti, ia merupakan antara pilihan jam tangan yang baik untuk golongan feminin. 

Permukaan dial jam tangan ini dibuat dengan bahan ibu mutiara tulen bagi menarik lebih ramai perhatian kepada si pemakainya. 

Pergerakan jam tangan ini dikuasakan oleh 3168.AS manual winding chronograph dengan ciri chrono on/off. 

Penambahan kaunter jarum saat dan minit memberikan idea yang rumit tanpa menjadikannya terlalu kompleks. 
 

2723.1330103 Nastja Women's Skeleton 
Poljot International

Jam tangan Nastja Women's Skeleton mempunyai rekaan dial jenis terbuka memberikan pandangan yang lebih jelas kepada hati jam, sesuai buat wanita yang mempunyai jiwa yang mendalam. 

Pergerakan jam tangan yang rumit ini dikuasakan oleh Automatic Caliber 2706 Seagull skeleton. 

Permukaan rekaan dial ini didatangkan dalam warna perak, champagne atau rose dan dihiasi dengan permata Swarovski pada penanda 3, 6, 9 dan 12. 

 

Seventy-5
March Lab

Sebuah timepiece yang direka khusus buat golongan yang lebih muda, Seventy daripada koleksi March Lab ini sememangnya elegan. 

Diinspirasikan oleh AM69, Seventy memiliki banyak persamaan rekaan daripada model terdahulu, namun ia tampil lebih minimalis dan rupa bentuk yang lebih tulen.

Casis emas berbentuk bulat 36 mm dengan tali jam ivory white yang boleh ditukar mengikut citarasa memberikan impresi yang lebih mendalam kepada si pemakainya. 

Jam tangan ini dikuasakan oleh MIYOTA 2115 Japanese quartz movement.

===================================================================================


Kesemua koleksi jam tangan Alexander Shorokhoff, March Lab, Poljot International dan Sevenfriday boleh didapati di kesemua outlet Red Army Watches di 1Utama, Pavillion KL, dan Plaza Gurney, manakala koleksi March Lab dan Sevenfriday pula turut terdapat di mo.men.tum Sunway Velocity. 

Koleksi lengkap Sevenfriday termasuk aksesori dan pakaian juga boleh didapati secara eksklusif di Sevenfriday Space yang terletak di Shoppes at Four Seasons Place. 

Untuk maklumat lanjut serta senarai harga jam tangan, sila layari www.redarmywatches.com atau emel kepada [email protected]

 

Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia. 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Jam tangan edisi terhad Fastback Drift Mercury ini menampilkan binaan casis 44 mm yang diperbuat…
Gaya Hidup
Musim panas bukanlah penghalang bagi kita untuk tampil dengan lebih bergaya.  Untuk anda yang…