Reema Juffali, pelumba wanita pertama di Arab Saudi

oleh SALINA JALIL|
Reema Juffali telah berjaya menjejaki dalam acara sukan bermotor yang di dominasi oleh kaum lelaki. Beliau merupakan wanita Arab yang pertama bertanding di negara itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Putera DiRaja Mohammed bin Salman telah membatalkan larangan konservatif tersebut pada bulan Jun tahun lepas terhadap pelumba dan pemandu wanita sebagai usaha liberalisasi di negara tersebut. 

 


Reema yang berusia 27 tahun telah membuat kemunculan sulungnya beberapa bulan selepas pengharaman berabad-abad lamanya berakhir, pada hari Jumaat dan Sabtu lalu di Jaguar I-PACE eTROPHY, perlumbaan kenderaan elektrik di Diriyah,Riyadh.

 

 

"Pengharaman itu ditarik balik tahun lepas dan saya tidak pernah mengharapkan untuk berlumba secara profesional," kata Reema yang telah memandu di Jaguar I-Pace, sebuah kenderaan utiliti sukan elektrik.

 


"Saya berjaya melakukannya ... ini sangat mengagumkan," kata Reema, yang siap berpakaian sut perlumbaan, memberitahu wartawan dalam sesi temu bual di litar perlumbaan.

 


Reema, yang berasal dari bandar barat Jeddah dan berpendidikan di Amerika Syarikat, akan mengambil bahagian sebagai pemandu undangan "VIP" dan menjadi wanita Saudi pertama yang berlumba di tanah air.

 

Putera Abdulaziz bin Turki al-Faisal, Ketua Olahraga Arab Saudi, telah menyebutnya sebagai "titik perubahan" bagi kerajaan negara tersebut.

 

"Reema akan mempunyai beribu-ribu peminat yang akan menyanjungnya, sebagai pemandu lumba profesional," kata putera itu.

 

Reema yang membuat penampilan pertama dalam perlumbaan kompetitif di F4 British Championship di Brands Hatch pada bulan April, hanya mempunyai kira-kira satu tahun pengalaman berlumba secara profesional di bawah portfolionya.

 

Tetapi beliau mempunyai semangat kental sejak dari zaman remaja dan membesar dengan menonton Formula Satu.


Beliau telah lulus ujian memandu selepas berpindah ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pembelajaran beberapa tahun yang lalu, dan kini hanya satu daripada segelintir wanita Arab Saudi yang mendapat "lesen lumba" di negara asalnya, keperluan mandatori untuk berlumba secara profesional.

 

Malah di luar negara Arab, hanya beberapa wanita Saudi yang berlumba secara profesional.

 

"Sebagai wanita yang tidak mempunyai peluang untuk belajar cara pemanduan yang betul dan diletakkan di belakang stereng adalah sesuatu yang menakutkan," jelas Reema.

 

"Bagi ramai wanita di Saudi, kami tidak terfikir langsung tentang memandu"

 

Ramai orang pasti terkejut dengan semua perubahan yang berlaku di Saudi," kata Reema lagi.

 

"Melihat saya di dalam kereta, berlumba ... Bagi ramai orang ia adalah sesuatu yang mustahil dan mengejutkan, tetapi saya gembira dapat memberi kejutan  kepada orang ramai."

 

Reema berkata impiannya adalah untuk beraksi di Le Mans - pertandingan 24 jam di Perancis yang merupakan salah satu pertandingan yang paling berprestij dan melelahkan di dunia.

 

Di Riyadh, Reema akan berlumba dengan para pelumba veteran tetapi tidak akan menjaring sebarang mata.

 

 

 

Sumber: AFP

Gambar: DCP Cars

Berita Berkenaan

MotorGP
Ini adalah ekoran pembatalan keputusan Lorenzo Dalla Porta yang menduduki tangga ke-11 setelah…
Berita Global
Adam yang sudah lima tahun berhari raya di perantauan berkata perasaan sedih masih ada dan beliau…
Berita Domestik
Ikuti temubual bersama Duta Rasmi GAZOO Racing yang turut serta berlumba dan berjaya memenangi…