Reka bentuk Hyundai i10 generasi baharu didedahkan

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda perasan, reka bentuk Hyundai i10 (atau di Malaysia Inokom i10) pada tahun 2007 dulu-dulu langsung tidak begitu menarik perhatian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, apabila ia memasuki generasi kedua pada tahun 2013, reka bentuknya terus berevolusi menjadi salah sebuah hatchback yang memiliki rupa paras yang agak seksi. 

Dan setelah enam tahun berada di pasaran, Hyundai memerlukan muka baharu bagi menggantikan i10 sedia ada, dan sebuah lakaran telah diterbitkan bagi memberikan idea bagaimana Hyundai i10 generasi ketiga bakal mengambil bentuknya. 

Tampil dengan muka yang lebih agresif, menurut Hyundai ia adalah disengajakan bagi menampakkan hatchback ini lebih bertenaga dan lincah. 

Reka bentuk gril juga lebih baharu dengan dua buah lampu kabus diletakkan di penghujung sudut gril. 

Manakala di bahagian sisi pula diletakkan bukaan ruang kemasukan udara. 

 

Hyundai i10 generasi kedua

Menurut Hyundai dalam satu kenyataan akhbar, i10 serba baharu ini memiliki reka bentuk yang dinamik, sporti dan 'muda', menyerlahkan lagi penampilannya di kalangan pesaing hatchback segmen A. 

Hyundai turut mengesahkan bahawa i10 generasi baharu ini bakal membawakan pelbagai teknologi terkini secara standard seperti:

  • Bantuan Pengelakkan Pelanggaran Hadapan (dengan bantuan sensor)
  • Amaran Tumpuan Pemandu
  • Sistem Bantuan Pengekalan Laluan

Dari sudut trenkuasa, Hyundai i10 bakal hadir dengan barisan enjin tiga dan empat silinder sebaris, dan salah sebuahnya merupakan enjin inline-3 1.0 T-GDI berkuasa 118 hp yang dibawakan daripada Hyundai i30. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dikeluarkan pada 2019, i10 generasi ketiga kini memasuki fasa rupa baharu (facelift) yang masih…
Berita Global
Nama Hyundai Casper ini bukanlah diambil daripada karakter hantu yang comel itu, sebaliknya ia…