Rekaan Alza baharu menyamai model konsep DN Multisix

oleh Mohamad Hanif|
Tinggal beberapa bulan sahaja sebelum tahun 2021 melabuhkan tirainya, terdapat informasi baharu dari negara jiran kita Indonesia berhubung sebuah lagi model baharu yang bakal diperkenalkan oleh Toyota dan Daihatsu, iaitu Avanza (Xenia) serta model kembarnya Perodua Alza.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada wartawan Indra Fathan, beliau berjaya memperoleh maklumat yang merujuk kepada rekaan sebenar kembar Alza, iaitu Daihatsu Xenia (Toyota Avanza) generasi baharu bakal membawakan rekaan sisi (terutama tiang C) yang diinspirasikan daripada model konsep Daihatsu DN Multisix.

Berdasarkan lakaran kasar yang diperoleh, jelas kelihatan ia membawakan persamaan rekaan dengan model konsep Multisix, selain membawakan rekaan bumbung terapung pada tiang D.

 


Rekaan unit lampu belakang juga telah dilintangkan dan tidak mempunyai rekaan menegak seperti model sebelum ini, manakala corong pengisian bahan api juga telah dipindahkan ke bahagian sisi sebelah kiri.

Selain itu, beliau juga turut mendapatkan informasi di mana terdapat sehingga lima model prototaip Daihatsu Xenia/Toyota Avanza/Perodua Alza ini telah pun dibawa ke Jepun untuk penilaian selanjutnya.

Model terbaharu itu nanti dijangka menggunakan kod awalan W100/W101 dan difahamkan berdasarkan kod ini MPV baharu Toyota/Daihatsu bakal menggunakan enjin 2NR-VE 1.5 liter yang akan dipadankan dengan transmisi CVT atau transmisi manual lima kelajuan.
 

Alza


Sebagai makluman, enjin 2NR-VE merupakan unit yang sama digunakan oleh Perodua Myvi serta kembarnya Daihatsu Sirion di pasaran Indonesia.

MPV Toyota Avanza/Daihatsu Xenia/Perodua Alza ini dibangunkan berdasarkan platform DNGA - pelantar yang sama digunakan pada Perodua Ativa/Daihatsu Rocky/Toyota Raize, dan sudah pasti ciri keselamatannya jauh lebih lengkap berbanding dengan penawaran Alza pada ketika ini.

Dalam artikel Careta yang terdahulu, laman web automotif Jepun BestCarWeb mengesahkan dua buah model baharu bakal muncul menjelang akhir tahun ini dengan menggunakan pelantar DNGA, menampilkan trenkuasa hibrid dan mampu memuatkan enam orang pada satu-satu masa.
 

Alza


Konsep DN Multisix yang pernah muncul pada Tokyo Motor Show 2017 dikatakan menepati ciri yang dimaksudkan di atas dan disebut-sebut sebagai pengganti kepada Daihatsu Xenia (Avanza), dan ini bermakna Avanza generasi baharu tidak lagi membawakan ciri pacuan roda belakang seperti model terdahulu.

Laporan daripada rakan media Paultan beberapa bulan yang lalu turut mengesahkan Perodua sedang mempersiapkan diri untuk 'menyambut' kehadiran model baharu berkod D27A berdasarkan kenyataan daripada salah sebuah vendor Perodua.

Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan terbaharu berkenaan MPV terbaharu dari Perodua serta rakan teknikalnya Daihatsu.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala…
Berita Domestik
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, dua lelaki dan seorang wanita warga Myanmar berusia 23…
Berita Domestik
Namun, sebuah model yang langsung tidak tersenarai, iaitu Hyundai Stargazer nampaknya telah pun…