Rekaan berkontroversi cara untuk lariskan jualan - BMW

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda perasan, sejak kebelakangan ini BMW lebih gemar menggunakan pendekatan yang agak berani dalam rekaan model-model kenderaan baharu mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lihat sahaja pada contoh seperti BMW M3 Sedan dan M4 Coupe, atau SUV BMW XM, atau model coupe berprestasi tinggi M2 yang turut mengundang perbincangan hangat netizen di media sosial.
 

M2


Biarpun berdepan dengan kritikan keras sesetengah pihak, pengerusi BMW Oliver Zipse dalam satu temubual bersama Car Sales menegaskan ia sebenarnya merupakan satu cara untuk melariskan penjualan kenderaan mereka.

"Sudah pasti ia sebuah perancangan, jika tidak kami tidak akan melakukannya.

"Jika anda mahu mengubah reka bentuk, sebarang langkah yang disifatkan sebagai benda baharu akan menjadi satu isu kontroversi secara automatik.
 

i7


"Tidak ada perkara seperti rekaan berorientasikan masa depan tanpa kontroversi. Itu muslihatnya: untuk mencetuskan kontroversi dan hasilnya adalah 'saya mahu memilikinya' dan 'saya sukakannya', dan sudah pasti ia adalah satu perancangan.

Zipse percaya, dengan membiarkan lebih ramai meluahkan pendapat berkenaan rekaan semasa jenama itu merupakan satu kunci untuk melariskan penjualan.
 

XM


Beliau turut memberikan contoh BMW 7-Series generasi E65 yang sebenarnya berjaya mengatasi jualan model terdahulu disebabkan oleh bentuk sedan yang pelik.

Namun begitu, tidak semua model bakal menerima pendekatan yang sama.

Zipse menambah, BMW telah mengambil pendekatan yang lebih konservatif untuk model-model arus perdana, seperti 3-Series, 5-Series, X1, X3 dan X5, sementara model-model niche seperti i7 dan XM akan dilayan dengan cara yang berbeza.

Sumber: Car Sales

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pasukan 'Eastern Theater Command' bawah tentera China turut melepaskan tembakan peluru berpandu…